Resepi Cucur Roti Viral Yang Mudah Dan Sedap

Cucur roti, antara resepi viral yang menjadi perkongsian ramai di media sosial. Bila ada dua tiga orang rakan di Facebook berkongsi gambar hasil percubaan mereka dan memberi pendapat mengatakan resepi dari lebihan roti tersebut sedap, apalagi Fiza pun nak jugak mencuba resepi tersebut.

Cucur Lebihan Roti (White Bread)

Dipendekkan cerita... Semalam, lepas menunaikan solat Asar Fiza buatkan cucur lebihan roti jenama honeybee. Sebenarnya, tak kisahla nak guna roti jenama apa. Gardenia ke, Massimo ke. Apa yang penting, rotinya mestilah roti kosong ataupun disebut roti putih.

Resepi viral

Okeh!

Selain dari 4 keping roti kosong, bahan-bahan lain yang diperlukan adalah seperti berikut :-

2 biji Bawang Kecil (hiris)
1@2 biji Telur
Sedikit perencah Maggie Secukup Rasa
Daun Kucai (potong panjang)
Carrot (potong halus panjang@sagat)
2 Biji Cili Besar (hiris)
Sedikit ikan bilis yang telah ditumbuk halus

Cara-cara Memasaknya pulak :
Pertama, carik-carikkan roti.
Kemudian, Masukkan ke semua bahan lain kecuali cili.
Ramas-ramaskan sehingga sebati.
Masukkan pula cili. Gaul sebati.
Goreng dalam minyak yang banyak sehingga keperangan.

Nota :
Tak perlu tambah garam sebab perencah Maggie masin dan berperasa.
Boleh tambah bahan-bahan lain mengikut citarasa masing-masing yeah.

Sedap Tak Cucur Roti?

Alhamdulillah, tak sangka pulak sedap rupanya. Rangup di luar, lembut di dalam. Nanti bolehla repeat letak daun bawang ke. Kan?

Untuk Bayi Setahun 2 bulan pun boleh jugak resepi ni. Fiza bagi je Nur Dhia makan. Tapi untuk Dhia, Fiza asingkan dan tak letak pun perencah secukup rasa Maggie. Cukupla rasa masin ikan bilis untuk dia. Disebabkan kekenyangan selepas minum petang, Nur Dhia lansung tak nak makan belah malam. Menyusu malam pun sekali je. 

Korang dah cuba tak resepi ni?

#CucurRotiViral
#ResepiViral

Sumber Resepi : Keluarga 

Catat Ulasan

12 Ulasan

  1. Ramai jugak yg dah try cucur roti viral ni .

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tu la, ramai friendlist fb Fiza dah try. Semua kata sedap. Tu yang buatkan Fiza nak cuba jugak. Nasib baik sedap. 😂🤭

      Padam
  2. Akak dh cuba..tp akak letak udang yg kertas yg kecik2 tu..sedap...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nanti Fiza try letak udang pulak. Fiza pun fikir nak letak udang jugak tadi. Tengok² stok udang dalam peti sejuk dah habis.

      Padam
  3. hahaha ni ada tgk kat IG syafiq yg suka buat parodi tu , nampak menarik nya .. nnt nak try buat juga la

    BalasPadam
    Balasan
    1. Try buat Kak Ret. Sikit je bahan. Kalau Kak Ret buat, Nanti share ek di blog.

      Padam
  4. Sedapnyaa..
    Baru-baru ni ada tengok budak tiktok buat resepi nie jugak..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yup! Resepi kat Tiktok la ni. 😂🤭🤫

      Padam
  5. Ada ternampak juga resepi ni tapi tak pernah cuba lagi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Try la Jannah. In Shaa Allah sedap. Tapi akak rasa lagi sedap bubuh udang, daun bawang. 🤭

      Padam

Terima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. 😊😆👏#budibahasabudayakita

fizalinolie@gmail.com