Info Dan Sinopsis Derita Untuk Bahagia Episod Penuh 1-30 Astro Prima

Nantikan kemunculan drama bersiri 'Derita Untuk Bahagia' di slot Tiara, Astro Prima bagi menggantikan drama Hati Yang Dikhianati.

Drama ini Dibintangi oleh Amar Baharin, Azar Azmi, Hafreez Adam dan Dayang Areeda. Drama 30 episod arahan Ejump Mohd ini akan menemui penonton pada 7 Jun 2021. Berikut sedikit ringkasan info dan waktu siaran drama ini.

JUDUL : DERITA UNTUK BAHAGIA
EPISOD : 30
TARIKH TAYANGAN : 7 Jun 2020
WAKTU SIARAN :  Isnin-Jumaat, 6:00 petang
SIARAN TV : Astro Prima
PENGARAH : Ejump Mohd
PRODUKSI : MIG Productions Sdn Bhd
PELAKON : Amar Baharin, Azar Azmi, Hafreez Adam, Dayang Areeda, Jasmin Hamid, Rashdan Baba, Zarina Zainuddin, Hilal Azman, Dian P.Ramlee, Haeriyanto Hassan, Marisa Yasmin, Shukry Ramlee, Aaliyah Natasha, Puteri Lofea, Riezman Khuzaimi dan Aida Othman

Slot Tiara 7 Jun 2021
Sumber Dari IG Bambamstudios

WATAK PELAKON DALAM DERITA UNTUK BAHAGIA

Amar Baharin sebagai Daniel 
Azar Azmi sebagai Alisya
Hafreez Adam sebagai Raif
Dayang Areeda sebagai Intan
Jasmin Hamid sebagai Lina
Rashdan Baba sebagai Mahad
Zarina Zainuddin sebagai Maryam
Hilal Azman sebagai Jalal
Dian P.Ramlee sebagai Puan Zaiton
Haeriyanto Hassan sebagai Fauzi
Marisa Yasmin sebagai Maria
Shukry Ramlee sebagai Zaidi
Aaliyah Natasha sebagai Ainur
Puteri Lofea sebagai Batrisyia
Riezman Khuzaimi sebagai Salleh

ORIGINAL SOUND TRACK (OST) DERITA UNTUK BAHAGIA

Lagu single ‘Bangkit Semula’ nyanyian penyanyi popular Khai Bahar diangkat sebagai lagu tema untuk drama bersiri ini. Lirik single tersebut merupakan hasil nukilan Adi Pawana dan turut menampilkan Adi Pawana & Alun Cendana selaku komposer.

SINOPSIS DERITA UNTUK BAHAGIA

'Derita Untuk Bahagia’ mengisahkan Alisha ialah gadis yang rajin dan yang membesar dalam keadaan yang penuh dengan cabaran, bapanya kaki pukul manakala ibunya membanting tulang membesarkannya.

Alisha bijak dan pandai berdikari untuk mencari wang. Suatu hari Alisha dikejutkan apabila sedar yang dia bukanlah anak kandung ibunya. Pergolakkan berterusan apabila Alisha cuba mahu mencari keluarga kandungnya.

Pertemuan Alisha dengan Danial dan Raif juga telah membibitkan situasi cinta tiga segi antara mereka semua, namun hubungan cinta Alisha ditentang sehingga dia menemui kebenaran.  

Berjayakah Alisha menemui bahagia dan cinta selepas melalui kehidupan yang sukar, ditambah dengan masa silam keluarganya yang kini menghantuinya?

Nak tahu apakah yang terjadi, kenalah tunggu waktu siarannya nanti yang mana akan disiarkan pada 7 Jun 2021. Semestinya di Slot Tiara, Astro Prima.

#AstroPrima
#SlotTiara
#DeritaUntukBahagia

Nota Kaki : Sebenarnya drama Hati Yang Dikhianati tak tamat lagi, cumanya diberhentikan buat seketika. Dengar cerita, shooting drama ni terpaksa ditangguhkan atas sebab PKP 3.0 dan lagi pulak, drama ni berasaskan format interaktif ‘open-ended’ yang memberikan kuasa kepada netizen untuk menentukan ‘plot twist’ dan kesudahan drama tersebut.

Pendek kata jalan penceritaan dan pembinaan watak dipengaruhi oleh maklum balas audiens dan rekod jumlah tontonan dari semasa ke semasa. Jumlah keseluruhan episod untuk drama adaptasi ini juga turut bergantung kepada penerimaan penonton. Sebab tu la, drama tersebut direhatkan dan digantikan dengan drama ni.

Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. lama betul ray tak tgk drama melayu. baca synopsis and review mcm menarik.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Akak pulak bergantung kepada sinopsis, reviews pembaca novel dan siapa pelakon... Baru layan. Hehehe...

      Padam

Terima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. 😊😆👏#budibahasabudayakita

fizalinolie@gmail.com