Adakah Aidil Akan Berkahwin Dengan Sarah? Ulasan Episod 45 Rindu Awak Separuh Nyawa

Dalam episod 45, Naz menerima permintaan Sarah supaya tinggalkan dia. Namun, dia nak Sarah tahu bahawa walau apa pun terjadi, cinta Kasih Maisarah akan tetap kekal di hatinya sehingga ke hujung nyawa. Itu bermakna, walaupun mereka berpisah. Nazril tidak akan berkahwin lain.

Aidil juga akan berkahwin. Siapakah yang bakal menjadi isteri Aidil? 

Walaupun episod kali ini menunjukkan hints seperti Sarah yang akan berkahwin dengan Aidil... Di mana mereka pergi beli cincin kawin bersama. Tapi, Fiza tak rasa Aidil akan berkahwin dengan Sarah. Cuma... Ni kira jangkaan nakal Fizalah... Kot-kot inilah nanti yang akan menjadi kejutan. Di mana, orang yang menjadi isteri Aidil adalah Qistina. Sepadan apa. Sama-sama baik. Kan? Tapi... Itu cuma andaian Fiza sahaja. Okeh!

Sarah dan Naz akan bercerai. Jadi ke tak kena tunggu next episod. Dua-dua keras kepala. Dulu, Naz mati-mati tak nak terima Sarah. Bila Sarah tinggalkan dia, separuh nyawa dia hilang.

Megadrama
Sumber IG sitirosmizahsemail

Sekarang ni, Sarah pulak yang tak dapat terima Naz dalam hidupnya. Marah, tapi dalam hati memberontak rindu. Sarah masih dengan kehendaknya. Dia balik ke kampung Naz bertemankan Aidil dan Qistina untuk mengambil barang-barangnya dan meminta maaf kepada Ummi kerana menyembunyikan perkara yang sebenar.

Watak Ummi begitu baik. Dia digambarkan sebagai seorang ibu mertua yang adil, tak pernah melatah, dan yang paling Fiza suka sifat pemaafnya. Dia menerima kekurangan Sarah seadanya. kalaulah di dunia ni, semua ibu mertua macam tu. alangkah indahnya hidup kan. Sedih! Part Sarah jumpa Ummi, Manja dan puteri. Manja dan Ummi sangat sayangkan Sarah. Begitu jugak Sarah.

Naz akur akan permintaan Sarah. Dia akan menguruskan proses penceraian mereka. Walaupun hakikatnya dia tak nak semua tu berlaku. Tapi, apakan daya. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata badan binasa. Adakah mereka benar-benar akan bercerai? Kena tunggu episod 46 malam esok. Boleh copy link di bawah untuk menonton episod 45. Pastikan korang download aplikasi Telegram yer.

https://t.me/rinduawakseparuhnyawarasn

Nota Kaki : Fiza tak rasa pun mereka akan bercerai. Apakah pandangan korang?

#RinduAwakSeparuhNyawa
#RASN


Catat Ulasan

0 Ulasan