Siapa peminat drama berunsurkan seram, hujung minggu nanti akan ditayangkan telefilem pemuja kubur lakonan Beto Kusyairy, Aedy Ashraf dan Kaka Azraff pada 5 Jun 2021 jam 9 malam, semestinya di Astro Citra CH108. Berikut sedikit info dan sinopsis telefilem tersebut.

JUDUL : PEMUJA KUBUR
WAKTU SIARAN : Sabtu, 5 Januari 2021, 9:00 malam  
SIARAN TV : Astro Citra
IDEA ASAL : Syawal Azrai Mokhtar
PENULIS SKRIP : Srikandi Emma, Sri Dewi
PENGARAH : Azmir Affandi
PRODUKSI : Heritage Movies
PELAKON : Beto Kusyairy, Aedy Ashraf, Kaka Azraff, Ellie Suriaty dan Man Kobena.

Telefilem 5 Jun 2021
Sumber Dari IG Bambamstudios


Sinopsis Telefilem Pemuja Kubur 

Pemuja Kubur mengisahkan dua sahabat, Zarul (lakonan Beto) dan Azhar (Aedy) yang mahu mendapatkan bantuan syaitan bagi memenuhi kehendak mereka. Zarul mahu mendapatkan tali pocong untuk menang nombor ekor, manakala Azhar mahu mendapatkan minyak dagu bagi memastikan gadis pujaan hati jatuh ke tangannya. Semuanya berlaku dengan bantuan seorang bomoh.

Bomoh tersebut pula mengenakan beberapa syarat untuk mereka menjadi kaya. Antaranya adalah mereka perlu menggali kubur wanita yang baru mati akibat bersalin. Waktu menggali pula mestilah setelah 12 tengah malam, dan pada malam Jumaat sahaja.

Mereka juga perlu memastikan, setiap pekerjaan menggali kubur itu tidak diketahui orang lain. Kalau tidak, apa yang mereka hajati tidak akan tercapai.

Sejak itu, hidup mereka tidak tenteram. Ada sahaja gangguan makhluk halus yang mereka hadapi. Adakah mereka insaf dengan apa yang telah berlaku? 

sama-sama kita nantikan malam esok di Citra Exclusive Astro Citra, Jam 9 malam okeh!

Selamat menonton yeah!

#TelefilemAstroCitra
#PemujaKubur

Nota Kaki : Fiza sejenis kena ada teman, baru boleh layan bab-bab seram ni. 🤭