Intipati Siaran Langsung Sidang Media Khas Menteri Kanan Pendidikan 6 Jun 2021

Semalam lagi dah set. Pagi ni jam 10 pagi nak tengok live Menteri Kanan Pendidikan Dr. Radzi Jidin yang akan buat pengumuman, samaada sekolah akan dibuka semula atau tak selepas cuti perayaan.

Yelah! Kalau ikutkan, sepatutnya 13 dan 14 Jun ni sekolah akan mula dibuka semula sekiranya kes Covid-19 dah takde. Kan?

Sekolah 2021
Sumber Dari Facebook


Adakah Sekolah Akan Dibuka?

Berdasarkan trend semasa kes Covid-19 yang membimbangkan dan seperti yang Fiza jangkakan, Sekolah belum lagi boleh beroperasi. 

Alhamdulillah keputusan yang tepat, walaupun pada hakikatnya kita tak nak. Betul tak? Demi keselamatan semua, kita kena akur dengan keputusan tersebut. Tengok jelah semalam, kes sporadik meningkat sehingga 80%. Lagilah merisaukan. Andai ada isu penjaga mendesak jugak untuk sekolah dibuka selepas ni... Memang kes jangkitan akan diluar kawalan. Tapi, rasanya takde isu sebab semua dah sedia maklum sekarang ni kes sangat tinggi. Betul tak?

Berbalik kepada penutupan sekolah, Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) akan diteruskan selama 25 hari persekolahan bermula 13 dan 14 Jun mengikut kumpulan negeri masing-masing.

Perkara itu diumumkan Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin, pada sidang media khas tadi. 

Maka, bermulalah tugas kita sebagai guru di rumah. Huhu... Selamat mengajar semua ye. 

#SidangMediaKPM
#KPM
#PdPRJun2021

Catat Ulasan

6 Ulasan

  1. Kmk nengar k earphone hp jak td sambil ngemas2 dapur ready nk masak 😂😂 syukur juak masih pdpr

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yalah owh. Dengan situasi kinek, takut nak melepas anak ke ciney².

      Padam
  2. Belajar lagi la dari rumah...
    Jangan mak pak bertambah stress lagi ye hehehe...

    BalasPadam

Terima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. 😊😆👏#budibahasabudayakita

fizalinolie@gmail.com