Info Dan Sinopsis Gostan, Cerekarama TV3

Nantikan kemunculan telefilem Gostan lakonan Keith Foo dan Daniella Sya disiarkan pada Sabtu, 12 Jun 2021, jam 10 malam di TV3. 
Gostan merupakan perkataan automatif yang dimelayukan, di mana Gostan berasal dari perkataan go-astern, yang bermaksud ke belakang. 
Selain itu, Berikut ringkasan maklumat mengenai waktu siaran, pengarah dan senarai barisan pelakon lain yang turut terlibat dalam Telefilem Gostan.

JUDUL : GOSTAN
WAKTU SIARAN : Sabtu, 12 Jun 2021, 10:00 malam
SIARAN TV : Slot Cerekarama TV3
PENGARAH : Mark Lee
PRODUKSI : HUG Pictures
PELAKON : Keith Foo, Daniella Sya, Queenzy Cheng, Alvin Wong, Steve Yap, Yuqie Chew dan Sherry Aljeffri

SINOPSIS TELEFILEM GOSTAN 

Gostan mengisahkan tentang keterujaan seorang lelaki untuk memiliki kenderaan baru menjadi suatu tragedi apabila munculnya visual si mati dari kamera gostan, membawa kepada sebuah misteri kejadian langgar lari. 

Telefilem tv3 12 Jun 2021
Sumber Dari YouTube Daniella Sya Channel

Apakah yang terjadi sebenarnya? Mampukan misteri itu dirungkaikan? Kenalah tunggu waktu tayangannya nanti pada Sabtu ni jam 10 malam, semestinya di tv3.

Selamat menonton yeah!

#CerekaramaTV3
#GostanTV3


Catat Ulasan

6 Ulasan

  1. alamak citer suspen n hantu ke ni hehehe..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dari sinopsis macam tula jalan ceritanya Kak Ret. Lama dah tak tengok Keith Foo berlakon. Lakonan dia pun best juga. Tak silap dia pernah jadi hero dalam drama Ariana suatu masa dulu.

      Padam
  2. Balasan
    1. Kan?

      Ada unsur suspen dan seram. Nak jugak tahu siapa yang langgar lari tu.

      Padam
  3. alaa taknak tengok..takot..dah la tinggal sesorang

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau tinggal sorang² baik tak payah tengok. Hehe...

      Tengok promo macam seram. Rasanya gangguan tu muncul sebab nak bagitau siapa orang yang langgar lari perempuan tu.

      Padam

Terima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. 😊😆👏#budibahasabudayakita

fizalinolie@gmail.com