Drama Masih Ada Rindu Episod 1-16, TV3

Masih Ada Rindu | Drama terbaru yang bakal mengisi slot Akasia TV3 bagi menggantikan drama sabarlah duhai hati.

Drama bersiri 16 episod ini merupakan sebuah drama yang diinspirasikan daripada novel karya Mimie Afinie. Menampilkan gandingan Farid kamil dan Mimi Lana. Diarahkan oleh Osman Ali. Berikut adalah maklumat ringkas mengenainya.

JUDUL : MASIH ADA RINDU
EPISOD : 16
TARIKH TAYANGAN : Jun 2021, bersiaran selepas drama sabarlah duhai hati tamat
WAKTU SIARAN :  Isnin-Jumaat, 7:00 malam
SIARAN TV : Slot Akasia TV3
PENULIS NOVEL : Mimie Afini
PENULIS SKRIP : Naza Manas
PENGARAH : Osman Ali
PRODUKSI : Nuansa Sdn Bhd
PELAKON : Farid kamil, Mimi Lana, Halim Radzi, Dayang Areeda, Kuna Muzani, Rahim Jailani, Aleza Shadan, Fahmi Reza, Aishah Ilias, Sri Idrina dan Nurulazia 

Akasia TV3 Jun 2021

SINOPSIS MASIH ADA RINDU

Mengisahkan tentang Nurul Syafika yang telah mendirikan rumahtangga bersama Lukman Hakim walaupun mendapat tentangan daripada ibunya, Zaleha.

Kebahagian  mereka hanya sekejap, Hakim pergi  meninggalkan Syafika buat selamanya. Tanpa diduga, selepas pemergian Hakim barulah Syafika menyedari dirinya berbadan dua. 

Kelahiran Luqman Adam membuatkan hidup Syafika lebih bermakna. Kegembiraan ini dikongsi bersama ibu dan ayah mertuanya dan Luqman Hadi yang telah jatuh cinta pada adik iparnya itu.

Hadi menyatakan perasaan kepada Syafika. Namun, Syafika masih belum pasti perasaannya sendiri kerana cintanya terhadap Hakim terlalu mendalam. 

Suatu kejadian membuatkan Syafika mula menjarakkan diri dari Hadi. Adakah Syafika akan menerima Hadi dalam hidupnya?

Berikut adalah pelakon dan watak yang mereka bawak dalam drama ini nanti.

WATAK PELAKON DRAMA MASIH ADA RINDU 

Farid kamil sebagai Hadi
Mimi Lana sebagai Nurul Syafika
Halim Radzi sebagai Imran
Dayang Areeda sebagai Nasya
Fahmi Reza sebagai Badrul
Aishah Ilias sebagai Syazwani
Kuna Muzani sebagai Zaleha

#SlotAkasia
#MasihAdaRinduTV3

Nota Kaki : Tak minat sangat lakonan Farid Kamil dan Mimi Lana 🤫😒


Catat Ulasan

1 Ulasan

  1. LIKE nota kaki ktk.. kmk pn x suka nya 2 ya berlakon

    BalasPadam

Terima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. 😊😆👏#budibahasabudayakita

fizalinolie@gmail.com