Walaupun kita masih lagi dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 akibat pendemik Covid-19, Itu tidak bermakna kita tak boleh nak buat perancangan untuk percutian kita. Betul tak?

Dulu, sebelum wabak Corona virus melanda negara kita. Fiza, encik suami dan anak- anak pernah la jugak staycation di beberapa buah hotel sekitar bandaraya Kuching.

Kemudian, pernahla jugak merancang nak bercuti ke semenanjung sambil menziarahi adik beradik yang ada kat sana. Bila tak boleh nak rentas negeri, semua perancangan terpaksa ditangguhkan terlebih dahulu.

Walaubagaimana pun, perancangan tetap ada. Bila nak pergi tu, soal kedua.

Dah plan nak menginap di beberapa buah tempat ni. Dah lama buat tinjauan dan berdasarkan tinjauan yang Fiza buat, ramai yang bagi feedback yang positif. Rata-rata mereka kata tempat tersebut sangat cantik, mewah dan harga pun berpatutan.

Jadi, post kali ni Fiza nak share tentang beberapa buah lokasi staycation yang bakal menjadi pilihan Fiza nanti.

Pangkor Laut Resort

Perjalanan kenalah dirancang. Memandangkan adik ketiga Fiza tinggal di Perlis, jadi nanti Fiza ingat nak ambik terus flight dari Kuching, Sarawak ke Pulau Pinang terlebih dahulu. Duduklah sehari dua di rumah adik. Kemudian bolehlah jalan-jalan. 

Tempat pertama dalam wishlist Fiza adalah Pangkor Laut Resort di Lumut, Perak. Ia merupakan salah satu pulau yang sangat menarik di Malaysia tau. Malah, pernah dinobatkan sebagai 'One of the top resort in Asia' oleh Conde Nest Travelers Readers Choice Award pada tahun 2017.

Bila tengok gambar-gambar di sekitar Pangkor Laut Resort yang pengunjung kongsikan di media sosial, Subhanallah sumpah sangat menarik. Siapa je yang tak tergoda nak ke sana bila melihat gambar-gambar tersebut. Kan? Tengok jelah gambar-gambar di bawah. Menarik kan?

Pulau Paling top di Malaysia

Pulau menarik di Perak

Macam tak sabar pulak nak ke sana. Al-maklumlah, ia adalah sebuah lokasi penginapan yang mewah dengan harga berpatutan. Kemudian, tersedia pulak dengan pelbagai kemudahan bertaraf dunia seperti kolam renang, restoran, bar dan pelbagai lagi. 

Bukan tu je, kita jugak boleh buat pelbagai aktiviti lain kat situ seperti bermain squash, tennis dan jugak gym. Pendek kata, kalau menginap di Pangkor Laut Resort, tak kan rasa bosan. Sebaliknya, masa staycation kita habis tanpa kita sedari.

Ramai yang booked tau sampaikan ada masa tu, tempahan dah tak boleh dilakukan dah sebab penuh. Jadi, Fiza pun tak nak lepaskan peluang untuk ke sana jugak. 

Staycation Di Kuala Lumpur

Kemudian bila dah checkout dari Pangkor Laut Resort nanti, ingat nak teruskan perjalanan ke Johor untuk menziarahi adik bongsu kami pulak. Dah lama dia tak balik. Al-maklumlah, Staff kesihatan sekarang ni memang susah nak cuti semenjak pendemik Covid-19 melanda negara. Jadi, Fiza jelah yang ambik peluang untuk ziarah dia walaupun perjalanan tu nanti ambik masa yang lama.

Takpe, hotel kan banyak. Janji ada bajet yang cukup, dah boleh pilih. Betul tak?

Nanti sebelum ke Johor, Fiza ingat nak singgah dulu di Kuala Lumpur. Alang-alang dah ke Semenanjung, kita cuti puas-puas. Kan?

Sebelum tu kenalah jugak buat tempahan hotel untuk bermalam. Setelah membuat tinjauan dan mengikut bajet yang Fiza ada, Fiza pilih Dorsett Hotel sebagai lokasi staycation KL kami.

Kenapa pilih hotel Dorsett?

Alasan Fiza, Fiza nak tengok sendiri view di sekitarnya dan jugak kolam renang hotel tersebut. Yelah! Ramai yang canang view di sekitar hotel Dorsett sangat menarik.

Kemudian, roof top pool pun dorang kata sangat memukau. Sampaikan ada yang kata hotel tu harganya sangat murah, tapi hotel macam vvip punya. Macam tak logik.

Haippp!!! Tetiba pulak rasa tak sabar nak ke sana bila tengok gambar-gambar yang pengunjung kongsikan di media sosial.

Staycation KL
Cantik kan?

Nak tahu lebih lanjut mengenainya, bolehla usha website hotel tersebut. 

Website : www.dorsetthotels.com

Grand Lexis Port Dickson

Tu  tentang  lokasi  penginapan di Kuala Lumpur yang  Fiza  pilih. Dah puas jalan-jalan area KL. Kita teruskan perjalanan ke Johor. Tapi, nanti nak singgah dulu di Port Dickson Negeri Sembilan. Kata nak cuti sakan. Jadi kenalah singgah di tempat-tempat yang menarik. Baru best. Cuti pun terisi. Kan?

Di Port Dickson pulak, Fiza dah pilih hotel Grand Lexis sebagai lokasi penginapan. Salah sebuah hotel yang menyediakan private swimming pool yang ada di Malaysia. 

Lokasi staycation Di Negeri Sembilan

Dengar khabar, hotelnya ada Sky pool villa. Bilik atas air. Macam menarik kan. Anak-anak Fiza cukup suka main air. Dapat pulak private pool. Pergh! Bolehla Fiza tumpang sekali. Berehat sambil main dalam kolam. Seronok tu. 

Banyak lagi info menarik mengenai hotel Grand Lexis Port Dickson ni. Nak tahu lebih lanjut, bolehla layari laman sesawang yang menyediakan maklumat lengkap mengenainya. Apa yang pasti, hotelnya menawarkan harga yang berpatutan.

Tu antara 3 hotel mewah dengan harga mampu bayar yang berada dalam wishlist Fiza. Bila dah boleh rentas negeri nanti, bolehla ke sana. Janji tempat staycation dah pilih mengikut kesesuaian bajet. Rasa tak sabar pulak nak pergi bercuti. Korang pulak bagaimana, dah rancang ke nak bercuti kat mana nanti bila pandemik Covid-19 dah tak ada.