Udang Masak Kari Kering, Simple Tanpa Santan

Assalamualaikum.
Selamat Petang.

Tadi, sebelum pergi kerja... Encik suami request masakkan 'payak' kari tanpa santan. 'Payak' mean udang halus yeah! ðŸĪ­

Actually, di Sarawak musim udang sekarang. Kebetulan weekend haritu... Abang sulung balik bawa 8 kg payak. Di Sebuyau, payak dijual dengan harga RM8 sekilo. Kalau di kampung Fiza pulak... Ianya dijual dengan harga RM12 sekilo.

So, harini Fiza nak share la resepi simple... Bagaimana nak masak udang kecik, masak kari tanpa santan. Encik suami cukup suka kalau Fiza masak stail gini. Sedap katanye. ðŸĪŠ

Resepi mudah

Resepi Udang Kari Tak Letak Santan

Okeh! First sekali, kena bagitau dulu bahan yang diperlukan. Antaranya :-

500g udang halus yang telah disiang dan dicuci bersih
Sebiji bawang Holland dihiris 
4 biji bawang putih ditumbuk halus
Cili ikut suka nak letak berapa
3cm halia ditumbuk halus
Perencah secukup rasa Maggie
2 sudu kecil Kari ikan
Minyak untuk menumis
Sedikit kunyit

Kemudian, dah tahu bahan... Kita tengok pulak cara memasaknya.
  1. Pertama sekali, panaskan minyak. Tumis bawang putih bersama cili dan halia.
  2. Bila dah naik bau, kacaukan kari dan kunyit dengan sedikit air. Kemudian, tuangkan ke dalam bahan pertama tadi.
  3. Bila dah pecah minyak, masukkan udang dan sedikit air.
  4. Bila dah hampir masak, masukkan bawang Holland dan perasakan dengan perencah Maggie secukup rasa dan kacau sehingga lah masak.
Siap! Mudah sangat.

Alhamdulillah, rezeki makan tengahari kami harini selain petola masak sup dan ayam goreng upin ipin.

Catat Komen

4 Ulasan

  1. Bahasa baru belajar harini which is payak. Udang halus rupanyaaaa. Kalau udang besar, nama lain pulak ke kak fiza? Hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ha'ah Tiqah, kalau tempat akak ada macam-macam nama udang. Kalau yang besar tu memang udang galah. Selalunya yang kecik je macam-macam nama. Ada udang bukuk, udang putih.

      Padam
    2. Ohhh yang kecik kecik jelah ada nama yang berbeza beza. Betul betul pengetahuan baru ni hehehe

      Padam
  2. one of my favorite dish tapi takleh makan byk huhuhu

    BalasPadam

Terima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. 😊😆👏#budibahasabudayakita

fizalinolie@gmail.com