Drama Penjara Janji Di Slot Samarinda TV3

Nantikan kemunculan drama bersiri 13 Episod 'Penjara Janji' akan datang  di slot Samarinda TV3, yang mana akan menggantikan drama ulangan Camelia.

Selain itu, Drama terbitan JS Pictures Sdn Bhd, arahan Azman Yahya ini juga turut mengandingkan Alif Satar dan Azira Shafinaz sebagai pelakon utama. Berikut adalah ringkasan info mengenai drama tersebut.

JUDUL : PENJARA JANJI
TARIKH TAYANGAN : 12 April 2021
WAKTU SIARAN : Isnin-Khamis, 10:00 malam
SIARAN TV : Slot Samarinda TV3
IDEA ASAL : Janjira
PENULIS SKRIP : PGRs Team, Ferdinand, Tinta Jinggo
PENGARAH : Azman Yahya
PRODUKSI : JS Pictures Sdn Bhd
PELAKON : Alif Satar, Azira Shafinaz, Fauzi Nawawi, Esma Daniel, Aida Aris, Zulin Aziz, Syed Ali Murtadha, Aishah Atan dan Raja Hakim.

Slot Samarinda 12 April 2021

WATAK PELAKON DI DALAM PENJARA JANJI

Alif Satar sebagai Rizan
Azira Shafinaz sebagai Rozita
Esma Daniel sebagai Razlan
Syed Ali Murtadha sebagai Azam

SINOPSIS PENJARA JANJI

Penjara Janji mengisahkan tentang Rizan. Dia merupakan seorang warder penjara yang mana cuba berusaha untuk memenuhi hasrat terakhir seorang banduan bernama Zulkifly.

Disebabkan terlalu fokus dengan prihal Zulkifly, Rizan telah mengabaikan tunangnya, Rozita sehingga hubungan mereka bermasalah.

Kemudian, dalam masa yang sama, tanpa pengetahuan Rizan juga, Zulkifly merupakan ayah Rizan yang tidak pernah dia temui. 

Apakah yang bakal berlaku? Adakah Rizan mampu memenuhi hasrat Zulkifly? Kalau YA, Adakah Rizan sanggup menerima kenyataan yang ayahnya seorang banduan.

*******************
Mesti banyak pengajaran dalam drama ni kan. Actually, adik Fiza jugak merupakan kakitangan salah sebuah penjara yang terdapat di Sarawak.

Yup! Memang banyak pengorbanan yang mereka kena hadapi. Namun, demi tugas In Shaa Allah semua tu dapat diharungi. Apa yang penting, ahli keluarga kenalah memahami bidang tugas mereka. Yelah, kekadang ada masa nak kena escort banduan dari satu lokasi ke satu lokasi. Nak atau tak, kena jugak berjauhan dengan suami dan anak-anak dalam beberapa hari. Kekadang, waktu kerja juga bertukar. Ada masa jaga banduan, ada masa di pejabat. Kalau dah jaga banduan, pasti waktu malam pun akan bertugas. Tinggallah anak-anak dengan suami. Nasib baiklah anak-anak buah Fiza dah besar, cuma yang si bongsu jelah dua tahun.

Bukan mudah sebenarnya tugas sebagai seorang kakitangan penjara. Banyak perkara yang perlu dikorbankan. Kalau tak faham dengan tugas mereka, habislah... Memang akan cerai berai. Nauzubillah....

Apa-apa pun, ada Masa nanti bolehlah layan drama ni. Kan?

#slotsamarinda
#penjarajanjitv3


Catat Ulasan

4 Ulasan

  1. alif satar, wahh tak pernah lagi tgk dia berlakon

    BalasPadam
    Balasan
    1. O yeke. Tak silap akak ada jugak dia berlakon tapi tak ingat dalam drama apa. 🤔

      Padam
  2. Dah lama tak nampak alif satar berlakon, last tengok drama apa tah harituuu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tula... Sejak dia famous jadi hos rancangan tv right...

      Padam

Terima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. 😊😆👏#budibahasabudayakita

fizalinolie@gmail.com