Assalamualaikum.
Good Morning.

Drama Rindu Awak Separuh Nyawa Full Episod 1 - 40 (Akhir) | Sebuah Novel Karya Siti Rosmizah bakal diadaptasikan ke dalam sebuah drama. Masih menggunakan tajuk yang sama, drama rindu awak separuh nyawa di bawah terbitan SR One Sdn Bhd akan menemui para penonton pada 23 Mac 2021 di slot Megadrama Astro Ria Dan Ria HD. Di mana akan bersiaran selama 40 episod setiap Isnin hingga Khamis, Jam 10 malam. Ini bermakna, drama #RASN akan menggantikan drama Marry Me Senorita. Tak sabar rasanya nak layan drama ni. Ramai yang bagi feedback, kata novelnya best. 🤣🤭

Barisan Pelakon Dan Watak

Shukri Yahaya sebagai Nazril Nazim 
Uqasha Senrose sebagai Kasih Maisara  
Fizo Omar sebagai Aidil
Marsha Milan sebagai Nurul Huda
Khairil Anwar Aman sebagai Datuk Raqib
Aida Khalida sebagai Puan Norida
Ikhlas Jalil sebagai Izudin
Norreen Iman sebagai Qistina
Fiza Thomas sebagai Sally
Fauzi Nawawi sebagai Kasim dan
Aleza Shadan sebagai Esah

Megadrama terbaru menggantikan Marry Me Senorita

Sinopsis Penuh Megadrama Rindu Awak Separuh Nyawa

Secara ringkasnya, kisah di sebalik Rindu Awak Separuh Nyawa mengisahkan tentang anak tunggal dalam keluarga berada, iaitu Kasih Maisara yang memiliki sikap angkuh dan sombong serta berdendam dengan ayahnya, Datuk Raqib atas kematian ibunya sehingga menjadikan anak rakan baik orang tuanya, Aidil, sebagai kambing hitam untuk melepaskan dendamnya.

Maisara berpura-pura menyukai Aidil tetapi apabila tiba majlis pertunangan mereka, gadis itu membatalkannya sehingga mengecewakan lelaki berkenaan. Namun, Aidil yang kecewa masih menyimpan perasaan demi kasihnya.

Pada masa sama, Qistina satu-satunya kawan yang bertahan dengan Maisara, mengambil kesempatan di atas kekayaan itu untuk kepentingan diri tetapi pertemuan tanpa diduga dengan Nazril Nazim, membuka tirai baharu.

Nazril Nazim mendapat jolokan 'Pak Ustaz' atas sifat budiman dan pemalu itu, mengalami insiden yang menemukannya dengan Maisara hingga mencetuskan perang mulut, lalu mencabar keegoan gadis berkenaan.

Insiden itu membawa kepada peristiwa dramatik apabila Maisara dicabar oleh musuhnya, Salina bersama rakan-rakannya untuk memikat dan mengahwini Nazri Nazim.

Sejauh manakah cabaran itu dapat direalisasikan dan apakah kesudahan yang berlaku pada Maisara dengan keperibadiannya serta watak di sekelilingnya. 

Reviews Daripada Pembaca Novel Rindu Awak Separuh Nyawa ( RASN )

Based on reviews yang dibuat oleh para pembaca novel RASN, rata-rata mereka memberi rating yang baik untuk ulasan jalan cerita novel tersebut. Tak kurang juga yang menyamakan jalan ceritanya, lebih kurang sama seperti 7 hari mencintaiku.

Sejauh manakah menariknya rindu awak separuh nyawa, begitu juga persamaannya dengan novel lain… Kenalah tonton dulu dramanya. Kan! 

Berapakah harga novel rindu awak separuhnya?

Fiza pasti, sebelum ia diadaptasikan ke dalam drama, mesti dah ada yang tercari-cari novelnya kan… Untuk pengetahuan korang, ia boleh didapati di laman Shopee dengan harga RM35 hingga RM40 senaskah. Harga tak termasuk postage ye.

Adakah drama ini juga akan trending seperti drama 7 hari mencintaiku? Sama-sama kita tunggu masa tayangannya nanti, sebaik sahaja drama Marry Me Senorita berakhir.

Apa-apa pun, before Fiza mengakhiri entri ini, berikut adalah gambaran secara ringkas maklumat tentang megadrama rindu awak separuh nyawa.

JUDUL : RINDU AWAK SEPARUH NYAWA

EPISOD : 40
TARIKH TAYANGAN : 23 Mac 2021
WAKTU SIARAN : Isnin-Khamis, 10:00 malam
SIARAN TV : Slot MegaDrama Astro Ria & Ria HD
PENULIS SKRIP : Rozie Rashid & Amka Ahmad
PENULIS NOVEL : Siti Rosmizah
PENGARAH : Jamal Khan, Along Kamaludin
PRODUKSI : SR One Sdn Bhd
PELAKON : Shukri Yahaya, Uqasha Senrose, Fizo Omar, Marsha Milan, Khairil Anwar Aman, Aida Khalida, Noorkhiriah, Balkisyh Semundur Khan, Ikhlas Jalil, Norreen Iman, Fiza Thomas, Munira Iwan, Fauzi Nawawi, Aleza Shadan, Farouk Hussain, Farez Ridzwan, Fareez Fauzi, Silfeny Osman, Puteri Rafasya

TONTON ONLINE DRAMA RINDU AWAK SEPARUH NYAWA

In Shaa Allah, dari masa ke masa jugak Fiza akan update link episod 1 hingga 40 di sini. Kalau takde masa layan live, boleh carik di sini nanti. Kan?. 🤣😂🤭

Ok! That it's sedikit info mengenai Drama Rindu Awak Separuh Nyawa. Have a nice day.

#RinduAwakSeparuhNyawa
#RASN

Sumber gambar : IG BamBamStudios