Drama Sabarlah Duhai Hati Slot Akasia TV3

Assalamualaikum.
Selamat Petang.

Selepas drama tak sempurna mencintaimu, drama terbaru yang bakal menggantikannya adalah drama Sabarlah Duhai Hati.


Ia merupakan drama adaptasi novel 'Sabarlah Duhai Hati' karya Mimie Afinie, di mana akan mengisi slot Akasia TV3 pada bulan puasa nanti. 

Drama di Slot Akasia TV3 Mei 2021

Selain itu, drama yang diterbitkan oleh Suhan Movies & Trading, arahan Mohd Fazli Yahya ini juga akan mengandingkan pelakon hebat, Saharul Ridzwan dan Amyra Rosli. Berikut adalah info ringkas mengenai drama tersebut :-

JUDUL : SABARLAH DUHAI HATI
EPISOD : 35
TARIKH TAYANGAN : Ramadan 2021
WAKTU SIARAN : Isnin-Jumaat, 7:00 malam
SIARAN TV : Slot Akasia TV3
PENULIS SKRIP : Rehal Nuharis
PENGARAH : Mohd Fazli Yahya, Eez Jalaluddin
PRODUKSI : Suhan Movies & Trading
PELAKON : Saharul Ridzwan, Amyra Rosli, Aiman Badrul, Puteri Sarah Liyana, Izzue Islam, Iman Suhana, Fadilah Mansor, Balkisyh Semundur Khan, Haleeda, Emelda Rosemila, Kodi Rasheed, Hisyam Bakar, Danish Hazriq dan Pablo Amirul.

WATAK PELAKON DI DALAM DRAMA SABARLAH DUHAI HATI

Saharul Ridzwan sebagai Affan
Amyra Rosli sebagai Fira
Aiman Badrul sebagai Danish
Puteri Sarah Liyana sebagai Dian
Izzue Islam sebagai Nazim
Iman Suhana sebagai Nadia
Fadilah Mansor sebagai Opah 
Balkisyh Semundur Khan sebagai Mak Teh Zana
Haleeda sebagai Laila
Emelda Rosemila sebagai Shima
Kodi Rasheed sebagai Rizal
Hisyam Bakar sebagai Pak Teh

SINOPSIS SABARLAH DUHAI HATI

Drama sabarlah duhai hati mengisahkan tentang seorang gadis bernama Nur Syafira di mana setelah kehilangan kedua-dua ibu bapanya, Nur Syafira bertanggungjawab menjaga adik kecilnya, Danish yang sebelum ini sangat dibencinya.

Bagi mengelak rancangan Opah, Affan telah memilih Fira untuk dijadikan isteri. Mereka rapat semasa kecil, tetapi kisah lama yang memalukan membuatkan Fira cuba untuk mengelak bertentang mata dengan Affan.

Perkahwinan Affan dan Fira mendapat tentangan dari Nadia, sepupu Affan yang hendak dijodohkan Opah dengan Affan.

Rumahtangga mereka sentiasa diuji sehinggakan Fira menghilangkan diri. Adakah Affan mencari Fira? Atau membiarkan dia pergi dan berkahwin dengan wanita pilihan opahnya?

SINOPSIS NOVEL SABARLAH DUHAI HATI

Dugaan berat yang menimpa, merubah seluruh hidup Nur Syafira. Saat bergelut dengan ujian, dia tiba-tiba dilamar untuk Muhammad Affan. Sungguh, dia tak percaya.

Tegur pun tak pernah, tiba-tiba nak jadikan dia isteri. Lagipun, dia masih tak lupa cerita lama. Cerita memalukan yang hanya mereka berdua saja yang tahu. Hatinya kuat mengatakan Affan terpaksa. Affan hanya menurut kehendak orang tua tanpa rela.

Namun, kalau dah tertulis jodoh mereka, elak macam mana sekalipun, tetap bersatu juga. Walau dihati ada curiga, Fira tetap mengharap bahagia.

“Sejak bila abang suka Fira?”

“Sejak Fira curi hati abang.”

“Abang kan pernah cakap, abang tak suka Fira. Abang takkan kahwin dengan Fira.”

Tawa Affan memecah suasana hening malam. Kuat dan lama.

Dalam suram cahaya lampu, Fira pandang suaminya. Geram dengan suara tawa itu.

“Ini cerita tahun bila Fira bawa keluar ni?”

“Tak kisahlah tahun berapa pun, yang penting abang pernah cakap macam tu, kan? Kecil hati Fira, tau!”

“Kecik hati dengan abang la ni?”

“Memang pun. Dah buat orang macam tu, pandai pulak ajak orang kahwin. Tak malu.” Fira mengejek.

Lagi sekali Affan hamburkan tawanya.

Bahagia yang disangka sampai ke petang, rupanya masih ada halangan dan rintangan.

“Kalau you nak tahu, bukan Affan yang nak sangat kahwin dengan you tapi mak teh yang paksa dia. Sebabnya mak teh kesiankan you.” - Nadia

Mampukah Fira terus memujuk hatinya supaya bersabar dan bertahan? Atau sudah sampai masanya untuk dia mengalah dan lepaskan segalanya?

*********************
Daripada komen para pembaca novel sabarlah duhai hati di Goodreads, rata-rata bagi feedback yang positif. Semua pakat kata, novelnya best. Ada yang suka kisah lama antara Fira dan Affan. Ahha... Apakah kisahnya, kenalah tunggu masa tayangannya nanti okeh!

Tak sabar nak tengok, lagi-lagi bila Syahrul Ridzwan dan Amyra Rosli digandingkan bersama. Mesti best. Kan?

#AkasiaTV3
#SabarlahDuhaiHati

Sumber gambar : Shopee

Catat Komen

4 Ulasan

  1. Wahhh sinopsis menarik.. Ok nak tgu depan tb hahah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Fiza suka tengok lakonan pelakon utamanya. In Shaa Allah, kalau Ada peluang bolehla layan nanti. Nak tengok dorang Ada chemistry ke Tak? 🤭

      Padam
  2. amyra rosli ! suka dia berlakon.. so ni wajib tonton

    BalasPadam
  3. Wahh saharul ridzwan dengan amyra rosli la, wajib tengok ni. My favorite actor and actress! :D

    BalasPadam

Terima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. 😊😆👏#budibahasabudayakita

fizalinolie@gmail.com