Pelakon Yang Membawa Watak Pian Dalam Drama Aku Yang Kau Gelar Isteri

Siapakah pelakon yang membawa watak Pian dalam drama aku yang kau gelar isteri? Mesti ada yang tertanya-tanya kan apabila dia terpaksa berkahwin dengan Rai demi untuk  menutup malu keluarganya, pada episod 9. Betul tak?


Pelakon Aku Yang kau Gelar isteri

Siapa Sebenarnya dia?

Latar Belakang Pelakon Yang Membawa Watak Pian

Actually, pelakon yang membawa watak Pian itu adalah Atiq Azman. Di mana, nama penuhnya adalah Raja Muhammad Atiqullah Shah Raja Azman Shah. Merupakan anak kelahiran Bachok, Kelantan.

Merupakan anak sulung daripada empat adik-beradik dan berkelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Dia mula bergelar pelakon sejak berusia 16 tahun lagi. Then, popular selepas membintangi drama bersiri Nur yang mana telah membawa watak sebagai Amirul. Selain Nur dan Nur 2, dia juga turut membintangi beberapa buah drama dan telemovie seperti isteri ku cikgu ku (TV3), petua nenek (TV9), sumpah ibu (TV9), Air Mata Di Bumi (TV2) dan Maryam Eliana (TV1).

Dia juga merupakan bekas penuntut Maahad Tahfiz Nurul Huda Kuala Lumpur, Maahad Tahfiz Wal Tarbiyyah Darul Iman Terengganu dan Maahad Tahfiz Mustaqim dan menyambung pengajian di Sekolah Menengah Perimbun Cheras selepas tingkatan 3. Berkebolehan mengalunkan ayat-ayat suci Al-Quran dengan suara yang merdu. That why, dalam drama Nur dia turut menjadi bualan apabila dia mengalunkan ayat suci Al-Quran dalam drama tersebut.

Selain itu, sebelum dikenali sebagai pelakon, Atiq Azman juga gemar menghasilkan video vine yang memaparkan rakaman lakonannya dalam pelbagai episod. Malah, turut aktif dalam video musically.

That it's biodata ringkas mengenai pelakon yang membawa watak Pian dalam drama Aku Yang Kau Gelar Isteri.

Sumber : kataubaid

#slotsamarindatv3
#akuyangkaugelaristeri
#watakpian
#atiqazman


Catat Komen

4 Ulasan

  1. Lain macam pula dia bawa watak as suami rai. Mcm adik2 je. Tp gayanya dalam diam dah mula jatuh hati pada Rai..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tu la, nampak tak sesuai pulak dia jadi suami Rai. Kalau jadi adik tu lagi sesuai. 🤭

      Padam
  2. eh dia yg berlakon cita Nur ni :)

    BalasPadam

Terima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. 😊😆👏#budibahasabudayakita

fizalinolie@gmail.com