Pendapat Peribadi Tentang Aiskrim Coconut Gula Melaka. Sedap Ke Tak?

Assalamualaikum.
Selamat Petang.

Reviews Aiskrim Coconut Gula Melaka | Seperti kebiasaan, bila ada produk terbaru keluaran Nestle... Fiza dan encik suami akan cuba untuk pergi membeli. Bukan selalu pun.  Sekali-Sekala je. Baru-baru ni ternampak iklan tentang aiskrim kelapa gula melaka di tv dan jugak media sosial. Namun, takde pulak dijual di kedai-kedai berhampiran dengan tempat tinggal Fiza. Lamalah jugak mencarinya. Entah! Macam mana entah, last week boleh pulak ada. Apalagi, encik suami terus beli.

Reviews

Harga Aiskrim Coconut Gula Melaka

Untuk satu bekas 1000ml tu, ianya dijual dengan harga RM8.50. Memang banyak betul la isi di dalamnya, jika nak dibandingkan dengan aiskrim La Cremeria Mint Temptation yang RM14 untuk bekas yang hanya berisi 750ml.

Pendapat

Bila melihat kepada packaging luaran dia, nampak macam sedap. Kan! Tapi, bila dah rasa. Aduh! Tak kena dengan anak tekak. Rasa gula melaka dia memang kaw-kaw. Korang dapat bayangkan tak. Rasa dia seperti sebijik gula Melaka yang belum diolah. Manis dan pekat. Hurmmm... Memang totally out. Serius! Tu based on citarasa Fiza lah ye.  Walaubagaimana pun, bukan Fiza sorang je rasa benda yang sama. Encik suami pun sependapat dengan Fiza. Apa-apa pun, Lain orang, lain citarasa. Betul tak?

Tapi...

Fiza ada jugak ternampak orang share makan aiskrim ni dengan isi buah kelapa. Malah ada yang buat cendol hijau tu letak aiskrim ni. So, dah tak payah letak gula Melaka... Maybe, bila di makan sebegitulahlah kot... Yang menjadikannya sedap. Ye tak?

Takpelah, atleast tercapai jugak niat nak merasa walaupun rasanya tak menepati citarasa. Korang dah makan aiskrim ni tak?

#ReviewAiskrimNestle
#AiskrimCoconutGulaMelaka

Catat Ulasan

6 Ulasan

  1. nampak sedap..tapi kalau tak kena dengan tekak tu yang risau..takut hujungnya membazir..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pada Fiza tak berapa nak sedap. 4 orang makan pun tak habis. Alih² letak dalam freezer.

      Dua hari jugaklah baru habis. Anak² Fiza pun tak minat dengan rasanya.

      Padam
  2. Nampak dari illustration tu memang sedap. Tapi kalau betul betul rasa gula melaka, kureng sedap la kot sebab manis kot gula melaka tu huhuhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yup! Tiqah. Sebijik rasa gula Melaka. Kalau bubuh dalam cendol, maybe sedap kot. 🤭

      Padam
  3. Belum pernah rasa. nak try jugak lah :P

    BalasPadam
  4. waa tak pernah tau pun ada perisa ni... kena rasa dulu sendiri baru tau kan.. hehehe

    BalasPadam

Terima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. 😊😆👏#budibahasabudayakita

fizalinolie@gmail.com