Syngonium Mini Pixie, Keladi Yang Sangat Comel

Assalamualaikum.
Selamat Pagi.

Tanam Keladi Jenis Syngonium Mini Pixie | Dah lama tak share koleksi pokok hiasan yang my mom tanam. Selain Syngonium Golden Allusion. My mom jugak turut menanam keladi dari jenis Syngonium Mini Pixie.

Tentang Keladi Syngonium Mini Pixie

Seriously! Ia antara pokok keladi yang sangat Fiza suka. Saiznya yang kecil sebesar syiling 20 sen, membuatkan ianya kelihatan sangat comel. 

Pada Fiza, ianya sangat sesuai untuk ditanam di dalam pasu kecil dan diletakkan di sudut ruang. Confirm! Ruang dalaman rumah kita akan kelihatan menarik. Namun, kena beringat. Getah daunnya mungkin berbahaya. Jadi kena letak di tempat yang tidak boleh dicapai oleh anak.

Actually, nak jaga keladi hiasan seperti ini sangatlah mudah sebenarnya. Apa yang penting, pastikan ianya cukup cahaya dan air... In Shaa Allah, ia akan kekal segar sepanjang masa.

Keladi hiasan

5 Penyebab Daun Pokok Keladi Menguning

Walaubagaimana pun, kena jugak ambik tahu. Kekadang, daun keladi pun boleh rosak dan salah satu tandanya adalah apabila daunnya mulai menguning. Menurut my mom, terdapat 5 sebab kenapa daun tanaman kita terutamanya keladi boleh menjadi kekuningan. Antaranya :-

#1. Tanaman memerlukan air yang lebih
Salah satu alasan daun tanaman menguning adalah kerana akar tanaman tidak mendapat air yang mencukupi. Ini boleh terjadi jika kita hanya menyiram permukaan atas tanah saja. 

#2. Tanaman terlalu kerap disiram
Jika daunnya menguning dan kelihatan kusam, boleh jadi tanaman terlalu banyak memperolehi air. Akar juga memerlukan udara, dan ketika kita menyiramnya secara berlebihan, akar tanaman tidak mendapatkan udara yang cukup dan mulai tenggelam sehingga membusuk. Namun, ianya boleh diatasi dengan menggemburkan kembali tanahnya untuk membiarkan udara masuk ke dalam tanah.

#3. Tanaman masih membiasakan diri
Sama seperti kita saat baru pindah rumah, tanaman juga memerlukan masa untuk adaptasi dengan suasana yang baru. Pastikan saja tanaman mendapatkan cahaya matahari yang cukup. Selain itu, kita juga boleh memberikan nutrisi tambahan untuk membantu menghilangkan stresnya seperti meletakkan baja yang bersesuaian.

#4. Tanaman terlalu banyak menerima sinar matahari
Walaupun ada tanaman yang boleh hidup di bawah sinaran matahari, tapi untuk keladi hiasan. Ia memerlukan pencahayaan yang minimum. Kiranya, ia sesuai diletakkan di kawasan yang redup namun ada sedikit pencahayaan.

#5. Tanaman kurang nutrisi
Sama seperti kita juga yang memerlukan vitamin suplemen, tanaman juga perlukan nutrisi ekstra selain cahaya dan air. Cari makanan tanaman dengan zat besi. Kekurangan magnesium juga membuat tanaman menguning. So, kenalah carikan baja yang sesuai untuk keladi hiasan.

Apa yang harus dilakukan terhadap daun yang menguning?

Kita perlu membuangnya. Kemungkinan untuk kembali hijau sangatlah tipis. Singkirkan area yang rosak atau seluruh daun jika benar-benar berubah menjadi coklat. Ini amat penting untuk pertumbuhan pokok agar kembali segar.

That it's. 

Comelkan pokok keladi mini pixie ni? Alhamdulillah, setakat ni my mom dah simpan untuk Fiza sepasu. Al-maklumlah, selain menanam untuk sendiri, dia juga turut menjual bunga. 

Terisi juga masa lapang dia kan...

#keladihiasan
#SyngoniumMiniPixie

Catat Komen

8 Ulasan

  1. comel giler .. sesuai tak duduk dalam bilik air. hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aok. Kacak tok. Kecik Jak daunnya. Nang sesuai ditanam dalam pot kecik, then diletak rah toilet.

      Padam
  2. tak tau nama scintifik dia...
    rumah k ret, pokok2 semua adik yg tanam..
    klu k ret konpom semua pokok mati hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Fiza pun dulu tak minat bab² menanam bunga jugak Kak Ret. Bila dah tengok tanaman mak subur dan banyak, tiba² pulak boleh terminat. 🤣🤭

      Padam
  3. Comelnyaaaaa pokok ni! Nama pun mini pixie..hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tula... Cute sangat. Geram je Fiza tengok si mini pixie ni.

      Padam
  4. Allah, my mom mmg tgh addicted dgn pokok keladi ni, penuh dah depan rumah huhuhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yeke Atie. Tapi betulla, sekarang ni kampung Fiza pun ramai dok tanam pokok keladi hiasan ni.

      Padam

Terima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. 😊😆👏#budibahasabudayakita

fizalinolie@gmail.com