Info Dan Sinopsis Telefilem Matilah Nak Kembali Di Astro Citra Exclusive

Assalamualaikum.
Selamat Pagi.

Telefilem Matilah Nak Kembali | Seperti biasa. Taip je #astrocitra di ruangan search Instagram, kita akan nampak sedutan rancangan terbaru yang bakal bersiaran di Astro Citra.

Pada 13 Mac 2021 nanti, iaitu Sabtu malam esok. Satu lagi Telefilem komedi seram yang berjudul Matilah nak kembali akan disiarkan di Astro Citra Exclusive jam 9 Malam. 

Penulis skrip untuk Telefilem ini adalah Epy Kodiang dan pengarahnya adalah Azhani Zain dari Arie Zaharie Production, Knack Knack Studios.

Antara barisan pelakon yang terlibat dalam telefilem ini adalah seperti Shiha Zikir, Arie Zaharie, Azzam Sham, Qody Rany, Anas Ridzuan, Danish Daniel (Coki), Bohari Ibrahim dan Apit Wawn Lebo. 

Daripada poster, nampaknya telefilem  tersebut sepertinya sambungan kepada telefilem Matilah Nak Pontianak. Malah, barisan pelakonnya pun terdiri daripada para pelakon yang sama ,berlakon dalam Matilah Nak Pontianak. 



Astro Citra

Sinopsis Matilah Nak Kembali

Matilah nak kembali lagi mengisahkan tentang sebuah kampung yang telah diganggu saka. 

Kemudian, tiga orang jejaka yang bersahabat baik dengan Pontianak jelita terpaksa menghianati Pontianak tersebut dek kerana mahu membantu orang kampung yang diganggu saka. Apakah yang akan terjadi? Sama-sama kita nantikan waktu siarannya malam esok di Astro citra, jam 9 Malam. Yeah!

#telefilemcitraexclusive
#matilahnakkembali

Kredit : IG BamBamStudios | Myinfotaip

Catat Ulasan

3 Ulasan

  1. Belum tengok lagi telefilem sequel ni. seram komedi ni jarang tak best :)

    BalasPadam

Terima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. 😊😆👏#budibahasabudayakita

fizalinolie@gmail.com