Assalamualaikum.
Selamat pagi.

Tadi masa scroll Facebook, ternampak satu soalan ni dari group Info Ibu Hamil di mana soalan dia adalah seperti berikut :-

Macam Mana nak bezakan air ketuban atau air urine ye? #AnakPertama

Ok!

Apa itu Air Ketuban?

Air ketuban adalah cairan yang melindungi  janin ketika membesar di dalam rahim. Cairan ketuban dihasilkan setelah kantung ketuban terbentuk atau sekitar 12 hari setelah pembuahan. 

Fungsi air ketuban sangat penting bagi janin. Sepanjang kehamilan, bayi akan menelan cairan ketuban dan akan mengeluarkannya kembali sebagai urine. 

Cairan ketuban juga dihirup oleh bayi untuk membantu paru-parunya tumbuh berkembang. Selain itu, cairan ketuban juga boleh dijadikan sebagai sampel untuk mengetahui keadaan kesihatan janin, termasuk kemungkinan adanya down sindrom. Prosedur pemeriksaan air ketuban ini disebut sebagai amniosentesis.

Terlalu banyak atau terlalu sedikit cairan ketuban juga dapat menjadi tanda adanya masalah pada janin atau plasenta. Hebat kan ciptaan Tuhan.


Bila Sepatutnya Air Ketuban Pecah?

Actually, air ketuban akan pecah apabila terdapatnya bukaan servik dan kita dah pun dalam fasa bersedia untuk bersalin.

Walaubagaimana pun, ia jugak boleh berlaku sebelum 37 minggu. Maknanya sebelum masuk 9 bulan. So, kena pantaula time to time sebab ia penting untuk keselamatan bayi dan juga si ibu. Actually, Mengapakah ketuban boleh pecah lebih awal bagi sesetangah wanita?

Air ketuban pecah awal turut dikenali sebagai premature rupture of membranes (PROM). PROM akan menyebabkan rahim kita menolak bayi keluar. Kajian menunjukkan bahawa ketuban pecah awal mungkin disebabkan oleh beberapa faktor seperti :-
  1. Keradangan pada serviks, rahim atau vagina.
  2. Infeksi pada pundi kencing atau buah pinggang.
  3. Induksi enzim, protein dan prostaglandin pramatang.
  4. Ketuban terlebih meregang.
  5. Kehamilan anak kembar.
  6. Tekanan.
  7. Bayi mempunyai berat badan yang terlebih.
  8. Merokok.
  9. Pernah melakukan pembedahan atau biopsi serviks dan
  10. Pernah mengalami PROM

Apa yang perlu dilakukan jika air ketuban pecah awal?

Selepas minggu ke-37
Pada tempoh ini, bayi sudah membesar sepenuhnya dan selamat untuk dilahirkan. Ketika ini, kita perlu berada dalam dewan bersalin dengan segera. Jika kita menunggu sehingga melewati tempoh 24 jam, bayi mungkin akan mengalami infeksi.

Di antara minggu ke-34 hingga minggu ke-37
Jika air ketuban pecah pada tempoh ini, kita akan dicadangkan untuk bersalin induce. Itulah yang berlaku pada Fiza.

Sebelum minggu ke-34
Jika air ketuban pecah pada tempoh ini, ibu dan bayi mungkin akan mengalami pelbagai masalah kesihatan. Jika doktor tidak dapat mengesan sebarang tanda-tanda infeksi, si ibu perlu berada di hospital untuk menunggu proses kelahiran. Pakar perubatan akan beri si ibu ubat-ubatan steroid untuk membantu paru-paru anak kita berfungsi sepenuhnya. Ini akan meningkatkan potensi bayi lahir dengan selamat.

Walaupun punca sebenar PROM masih tidak jelas, terdapat beberapa faktor yang pasti menyumbang kepada ketuban pecah awal seperti merokok, hamil anak kembar atau mengalami masalah kesihatan seperti tekanan darah tinggi. Paling penting, segera dapatkan bantuan perubatan jika ketuban pecah terlalu awal daripada sepatutnya.

Informasi

Air Kencing VS Air Ketuban

Ok, Di sini Fiza nak share jugaklah pengalaman sendiri. Dulu masa mengandungkan anak pertama, Fiza mengalami leaking ataupun pecah air ketuban pada minggu ke tigapuluhtujuh. Maknanya masa tu dah boleh bersalin dah.

Allah Maha berkuasa. Beza antara air ketuban dan air kencing tersangatlah jelas. Cumanya, bila kita baru first time nak bergelar ibu dan tiba-tiba mengalami leaking, dalam masa yang sama kita gelabah. Mahunya kita tak boleh nak bezakan yang keluar tu air kencing ke, air ketuban. Kan? 🙂🤭

Nak dijadikan cerita...

Masa tu, Fiza tengah syok baring layan movie di tv. Tiba-tiba air keluar tanpa rasa apa-apa. Tengok-tengok dah basah. Dalam kuantiti yang banyak pulak tu. 

Tak seperti air kencing. Biasanya kita akan rasa signal nak kencing right. Then, kita akan ke toilet. Tapi, pecah air ketuban lansung takde rasa. Ia keluar pun, kita tak boleh nak control macam kita nak kencing. 

Kemudian, perbezaan yang lain jugak adalah seperti bau dan warna. Air ketuban tidak berbau dan juga tidak bewarna pada mulanya. 

Tapi, warnanya akan turut berubah bila dah lama pecah dan kita lansung tak tahu atau tak menyedari bila air ketuban kita tu pecah. Tu yang bahayanya. Kena take noted! Okeh...

Satu pesanan doktor yang paling Fiza ingat adalah warna air ketuban yang keluar hendaklah dipantau. 

Jika dah berwarna kuning atau kehijauan. Ia mungkin daripada mekonium yang keluar bersama air ketuban.

Mekonium secara mudahnya, adalah najis bayi. Ia menandakan sistem gastrousus mereka sudah mula berfungsi.

Jika perkara ini berlaku, kita perlu bergegas ke hospital dan beritahu pada kakitangan kesihatan tentang status kita dengan segera.

Jika terlambat, bayi boleh mengalami masalah sukar bernafas. نعوذ بالله من ذلك

Berlainan pulak dengan air kencing. Baunya agak kuat, malah ada yang jernih dan ada yang pekat. Betul tak?

Segera Ke Hospital Sebaik Mengetahui Air Ketuban Pecah

Nasib baik masa tu dah balik rumah mak. Bila Fiza terangkan apa yang berlaku, terus mak bawa Fiza ke klinik kesihatan terdekat. Di klinik, Fiza tak dibenarkan berjalan. Kemudian, Fiza di hantar ke hospital berdekatan. First baby kena bersalin di hospital ye, walaupun tiada sebarang masalah kesihatan.

Bila sampai di hospital dan doktor check, BETUL!. Fiza memang dah pun pecah air ketuban. So, Fiza kena masuk ward untuk dipantau. Dua hari jugaklah doktor pantau, disebabkan takde progress pada contraction. Akhirnya, Fiza kena induce atas alasan air ketuban Fiza semakin berkurang dan mungkin akan membahayakan nyawa anak. 

That it's.

Kisah pengalaman Fiza mengalami leaking atau pecah air ketuban sebelum tarikh bersalin.

Korang pulak bagaimana, pernah tak alami pecah air ketuban semasa mengandung? Pecah awal ke atau sewaktu nak bersalin? Adakah korang menyedarinya?

#bezaairkencingdenganairketuban
#anakpertama

Kredit : Facebook | alodokter