Assalamualaikum.
Selamat pagi.

Tak Sempurna Mencintaimu Di Slot Akasia | Tadi masa tengah menonton TV3, ada jugak tengok promo drama terbaru yang bakal bersiaran selepas pujaan hati kanda.

Berbekalkan pelakon yang terlibat, Fiza cuba mencari maklumat mengenainya. Rupanya, drama tersebut berjudul 'Tak Sempurna Mencintaimu' lakonan Redza Rosli dan Intan Najuwa selaku pemegang watak utama. 

Akasia Mac/April 2021

Ia juga merupakan sebuah drama yang diinspirasikan daripada sebuah novel karya Rehan Makhtar di bawah arahan Emi Suffian dan berikut adalah ringkasan maklumat mengenai drama tersebut :-

JUDUL : TAK SEMPURNA MENCINTAIMU
EPISOD : 28
TARIKH TAYANGAN : 29 Mac 2021.
WAKTU SIARAN : Isnin-Jumaat, 7:00 malam.
SIARAN TV : Slot Akasia TV3.
PENULIS SKRIP : Eja Lorena, Marr Mohamad, Lynnda Sharuddin.
PENGARAH : Emi Suffian.
PRODUKSI : Zeel Production Sdn Bhd.
PELAKON : Redza Rosli, Intan Najuwa, Rita Nadira, Fendy Bakry, Nafiez Zaidi, Aniq Suhair, Wan Maimunah, Azza Elite, Lydia Saimon, Ali Reza, Shah Khan, Scha Elinnea dan Naim Shamshol.

Pelakon Dan Watak Di Dalam Tak Sempurna Mencintaimu

Redza Rosli sebagai Mustaqim
Intan Najuwa sebagai Siratul
Fendy Bakry sebagai Epul
Rita Nadira sebagai Melissa
Nafiez Zaidi sebagai Fiqri
Aniq Suhair sebagai Safwan
Azza Elite sebagai Kak Siti
Ali Reza sebagai Kyle
Shah Khan sebagai Kuca
Scha Elinnea sebagai Mawardah 
Naim Shamshol sebagai Rudy

LAGU TEMA / OST Drama Tak Sempurna Mencintaimu

Original Sound Track drama ni adalah daripada Khai Bahar yang berjudul Durja. Berikut adalah lirik lagu tersebut.

Terlakar awan di langit
Raut wajah mu
Menghiasi seluruh
Ruang hati ku

Tidak terlafaz di bibir
Kasih sayang ku
Terhanyut di buai fantasi

Setiap indah cinta
Pasti ada peritnya
Di akhirnya sempurna

Di dalam mekar ku
Sembunyi pilu mu
Di tiap langkah ku
Tersirat kasih rindu

Dengarkan bisik ku
Sambutlah tangan ku
Sebelum kau luka

Setiap indah cinta
Pasti ada peritnya
Di akhirnya sempurna

Di dalam mekar ku
Sembunyi pilu mu
Di tiap langkah ku
Tersirat kasih rindu

Dengarkan bisik ku
Sambutlah tangan ku

Di dalam mekar ku
Sembunyi pilu mu
Di tiap langkah ku
Tersirat kasih rindu

Dengarkan bisik ku
Sambut lah tangan ku
Sebelum kau luka

Jangan kau terhanyut dalam gelap gelita
Sesungguhnya kita akan bersama

Di dalam mekar ku
Sembunyi pilu mu
Di tiap langkah ku
Tersirat kasih rindu

Dengarkan bisik ku
Sambutlah tangan ku
Di dalam mekar ku
Sembunyi pilu mu
Di tiap langkah ku
Tersirat kasih rindu

Dengarkan bisik ku
Sambutlah tangan ku
Sebelum kau luka

SINOPSIS TAK SEMPURNA MENCINTAIMU

Tak Sempurna Mencintaimu mengisahkan tentang Mustaqim dan Siratul yang masing-masing menjaga diri antara satu sama lain,  dan sama-sama membentuk diri kearah kebaikan. Mustaqim berpewatakan seorang yang agak nakal dan panas baran manakala Siratul pula seorang yang penyabar, tabah dan lurus. Siratul bekerja keras demi mencari rezeki tanpa bergantung pada sesiapa pun. 

Pertemuan Mustaqim dan Siratul pada awalnya penuh dengan amarah tetapi akhirnya jatuh cinta.

Kisahnya bermula apabila adik Siratul telah melanggar motor kesayangan Mustaqim menyebabkan dia marah dan dengan lantang menghina gadis itu. Tapi walaupun dalam keadaan marah dia mengikuti Sidratul, menggantikan perbelanjaan motor yang telah hancur dan rosak dan menghantar gadis itu pulang ke rumah dengan selamat. 

Mengenali Siratul membuatkan Mustaqim mula merasa tenang setelah 10 tahun hatinya terluka akibat pengkhianatan yang dilakukan  oleh Melisa. Melisa merupakan seorang gadis yang amat menyukainya tetapi cinta itu tidak dibalas oleh Mustaqim. Lantas untuk membalas dendam Melisa berkahwin dengan ayah Mustaqim. Difitnahnya Mustaqim sehingga ayahnya menghalau keluar dari rumah dan dia tidak pernah pulang lagi selama 10 tahun.

Dengan adanya Siratul, hati yang beku itu perlahan-lahan cuba melupakan kesilapannya semalam. Tanpa sedar, cinta mula berputik antara mereka. Namun, cinta mana yang tidak diuji? Hadirnya Melisa tanpa diduga, membuatkan kisah cinta mereka benar-benar dipukul badai.

Adakah Siratul dan Mustaqim dapat bersatu pada pengakhirannya? Dapatkah Mustaqim memaafkan dan kembali semula pada ayahnya? 

Baca Novel Tak Sempurna Mencintaimu secara online

Sambil-sambil layan drama ni nanti, boleh jugak baca novelnya di sini untuk tahu kesinambungan kisahnya setiap episod... Walaupun mungkin bila dah diadaptasikan ke dalam drama, takdelah 100% jalan ceritanya sama. Betul tak?


Tonton Online Tak Sempurna Mencintaimu Dari Episod 1 Hingga 28 (Akhir)

Untuk ke semua episod 1 hingga 28 akhir, boleh tonton di slot akasia TV3, Sekiranya terlepas tonton di TV, korang boleh tonton secara percuma di laman web iQIYI sebaik saja selepas tamat tayangannya di TV.  

Nak tonton di telefon kena lah muat turun aplikasi IQIYI. Di sini Fiza akan kemas kini dari semasa ke semasa okeh! 
~ Akan dikemaskini 
 
Selamat menonton semua.

#akasiaTV3 
#taksempurnamencintaimu

Sumber : Myinfotaip | lyric | Goodreads | Kecantikanfesyenkesihatan | Azhan.co