Dapat Hadiah Sebab Suka Share Status Perkhidmatan Bouquet Di Facebook

Assalamualaikum.
Selamat pagi.

Dapat hadiah dari adik | last week punya cerita. Masa kami anak-beranak ke rumah mak, tiba-tiba adik hulurkan hadiah pada Fiza. Katanya, reward! sebab selalu share status dia di Facebook. 

La! Akak ikhlas je dik oiii tolong kongsikan status tu. Tapi... Orang nak bagi, kita ambik jelah. Kan! 🤣😂🤭

Dalam hati kemain suka. Rupa-rupanya, Fiza dapat tudung Fareha. Patutla, before ni dia mesej Fiza tanya pendapat mana satu warna tudung Fareha yang cantik. Rupanya, orang nak bagi kita tudung. Syukur Alhamdulillah. 
Rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari. Kan!
Semoga business kecil-kecilan adik terus maju jaya hendaknya.

Jenama fareha
Bila kita sibuk ambik gambar tudung, Dhia pun sibuk nak pakaikan tudung. 😂🤭


Perkhidmatan Membuat Pelbagai Jenis Bouquet Dan Suprise Delivery

Actually, dah dua tahun dah adik buat business tempahan bouquet ni. Alhamdulillah, rezeki dia sentiasa ada. Setiap bulan dia menerima tempahan secara purata sebanyak 130 tempahan dari pelbagai jenis bouquet. Daripada jenis bajet sehinggalah yang mahal, bergantung kepada permintaan pelanggan. Kekadang tu, tak menang tangan dibuatnya. 

Ambil tempahan pelbagai jenis bouquet

For those yang nak tempah, bolehla usha page SJ Bouquet Spaoh. Yeah! Confirm puas hati. 

Tudung Fareha Memang Cantik

Berbalik kepada tudung yang adik bagi. Actually, Fiza dah survey jugak tudung Fareha ni di Shopee. Tapi, tak sangka pulak adik bagi pattern Bowie iaitu pattern yang Fiza nak. So, dah dapat satu... In Shaa Allah, ada rezeki kita beli color lain pulak. At least, ada jugak koleksi tudung dari Jenama Fareha.

Okeh!

Jenama tudung fareha

Jom! Kita zoom in tudung dia. 

First, dari segi material ia dikatakan diperbuat daripada Korean Chiffon. Hurmm... Bila dengar je Korean Chiffon, mesti dalam kepala kita dok pikir... Kain dia licin dan susah nak dibentuk. Betul tak?

For me, kain dia takdelah licin sangat. In Shaa Allah, boleh je dibentuk. 

Then, kain pun jenis ironless. Senang! Kejap je iron dah siap. Tak perlu ambik masa yang lama pun. Sesuai sangatla untuk dibawa ketika travel.

Kemudian, jahitan tepi tudung jugak cantik dan kemas. Seriously, Fiza jatuh cinta dengan tudung bawal Fareha edisi terbaru ni. Dahla warna dia cantik, harga pun berpatutan.

Tak silap, ramai seller yang jual tudung Fareha di Shopee meletakkan harga yang lebih kurang sama je. Range pun RM27++ tak termasuk postage. Kiranya, harga pun mampu milik jugaklah. Betul tak?

Tudung Pattern Bowie Nak Padankan Dengan Baju Warna Apa?

In Shaa Allah, boleh je padankan dengan color soft blue, khaki, hitam ataupun pastel yellow. Tu best on pendapat Fiza lah ye.

Korang pernah pakai tudung bawal Fareha? Best tak? Berbaloi tak dengan harga?

#reviewstudung
#BawalFareha


Catat Ulasan

12 Ulasan

  1. Alhamdulillah rezeki. Cantik.

    BalasPadam
  2. alhamdulilah rezeki fiza dan adik juga tu.. sesama ada rezeki...
    comel plak model tudung tu ye :p

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haha... Budak kecik tu selalu je nak menyibuk Kak Ret.

      Padam
  3. Rezeki jangan ditolak, maut jangan dicari HAHAHA. Berbunga bunga hati dapat tudung fareha. Cantikkk! :D

    BalasPadam
  4. takde lagi simpanan tudung fareha ni..
    tengok dekat kawasan kauters tempat tinggal kita ni, rmai juga peminat Fareha ni.
    buat masa ni kita belum try beli lagi.
    ada juga rasa berbunga dihati nak miliki.
    hihihii

    BalasPadam
    Balasan
    1. In Shaa Allah, one day ada jugak rezeki Mimie untuk memiliki tudung Fareha ni.

      Padam
  5. alhamdulilah. best dapat adiah 😍
    kacak color yea
    baby pun dah besar

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aok. Nang kacak colornya.

      Kan... Sik berasa nembiak dah besar koh.

      Padam
  6. Rezeki jangan ditolak. Alhamdulillah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya... Musuh jangan dicari. Rezeki Kan. Siapa sangka berhajat nak beli. Top² Ada orang nak bagi.

      Padam

Terima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. 😊😆👏#budibahasabudayakita

fizalinolie@gmail.com