Info Dan Sinopsis Drama Bersiri 13 Episod Romantika 4 Hari 3 Malam

Drama adaptasi novel 'Romantika 4 Hari 3 Malam' karya Wizana Emilia bakal menemui penonton selepas drama semua salahku tamat, di slot Lestary TV3 bermula 10 Mac 2021.

Drama bersiri 13 episod arahan Nizam Zakaria, terbitan Wiranusa Corporation ini juga turut menampilkan gandingan pelakon Sean Lee dan Amelia Henderson. Berikut adalah maklumat ringkas mengenai drama tersebut.

JUDUL : ROMANTIKA 4 HARI 3 MALAM
EPISOD : 13
WAKTU SIARAN : Rabu-Jumaat, 9:00 malam
SIARAN TV : Slot Lestary TV3
PENULIS SKRIP : Wizana Emilia
PENGARAH : Nizam Zakaria
PRODUKSI : Wiranusa Corporation Sdn Bhd
PELAKON : Amelia Henderson, Sean Lee, Syafi Tee, Oshin Ahmad, Nynaa Harizal, Wafariena, Daniesh Suffian, Dottie, Zila Bakarin, Izzendra, Jesse Lim, Aida Aris, Lisdawati dan Sahronizam Noor

PELAKON DAN WATAK DRAMA ROMANTIKA  4 HARI 3 MALAM

Amelia Henderson sebagai Lana Analia
Sean Lee sebagai Amar
Syafi Tee sebagai Hisham
Oshin Ahmad sebagai Nia Erlina 
Nynaa Harizal sebagai Aida Safia
Daniesh Suffian sebagai Baim
Dottie sebagai Zeti
Wafariena sebagai Raina
Izzendra sebagai Azlinda
Jesse Lim sebagai Encik Masri
Aida Aris sebagai Cik Norsira
Lisdawati sebagai Mak Salmah
Sahronizam Noor sebagai Dato' Zahid

Lestary tv3 terbaru bermula 10 Mac 2021


SINOPSIS ROMANTIKA 4 HARI 3 MALAM

Drama Romantika 4 Hari 3 Malam mengisahkan tentang Lana Analia  yang mengimpikan dirinya menjadi seorang wartawan yang hebat. Ternyata impiannya itu menjadi kenyataan.

Dia ditugaskan untuk menulis rencana pada ruangan Blind Date. Janji temu demi janji temu dia rancangkan. Setiap kali itu, dia berharap agar dipertemukan dengan lelaki sempurna. 

Namun entah apa malangnya, lelaki-lelaki yang ditemuinya ada sahaja yang tidak kena. Playboy, cakap besar, anak manja, sombong, selekeh, pengotor dan macam-macam lagi. Malah, Psiko pun ada! 

Menerusi artikelnya, dia luahkan setiap kekecewaan itu. Setiap rencananya juga mendapat pujian dan semakin diminati sehingga namanya dikenali ramai.

Tanpa diduga, hadiah percutian eksklusif 4 hari 3 malam di Pulau Impian yang dimenanginya mencipta pertemuan tanpa dirancang. 

Seorang lelaki yang dianggapnya panas baran telah berjaya mencuri hati dan jiwanya. Segala-galanya cukup indah sepanjang 4 hari 3 malam di pulau itu.

Namun, kata cinta tidak sempat dilafaz. Salah faham menyebabkan Amar pulang lebih awal. 

Lana kehairanan kerana ditinggalkan tanpa pesan. Berkali-kali dia cuba menghubungi Amar. Tapi Amar seolah-olah hilang begitu sahaja. 

Lana putus harap. Dia cuba meneruskan hidupnya seperti biasa, namun percutian itu telah mengubah dirinya. Rindu dan cintanya terlalu dalam buat Amar. Kenangan demi kenangan begitu payah untuk dilupakan.

Lana penat dan hampir berputus asa. Satu per satu permasalahan timbul. Kisah cinta yang tidak kesampaian, konflik, tragedi serta pembunuhan kejam. Juga kisah tentang lelaki misteri yang menghantar warkah-warkah biru yang cukup menakutkan. 

Dia mengambil keputusan untuk meletakkan jawatannya. Percutian indahnya bersama Amar dijadikan bahan coretan terakhirnya dalam ruangan Blind Date. 

Adakah Amar tahu akan coretan terakhir Lana itu. Kalau tahu, Sempatkah Amar  melafazkan cinta yang tertangguh diucapkan? Mampukah kenangan indah di Pulau Impian diulang kembali?

Macam menarik kan? Tapi, Fiza tak berapa minat dengan lakonan Amelia. Hurmmm... 

Apa-apa pun, Sama-sama kita tunggu masa tayangannya nanti untuk mengetahui jalan cerita dan kesudahannya. Okeh!

Tapi, kalau Fiza takde updated episode by episode... Maknanya Fiza tak layanlah tu. Hehe... 

Selamat menonton yeah!🤭🙂

#slotlestarytv3
#romantika4hari3malam



Catat Komen

1 Ulasan

Terima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. 😊😆👏#budibahasabudayakita

fizalinolie@gmail.com