Telefilem Kembar Keliru' lakonan Syazwan Zulkifly, Sweet Qismina dan Wafariena akan ditayangkan pada malam ni, 28 Februari 2021, Ahad jam 9.30 malam di Awesome TV saluran 123, Astro dan 112, MyTV.

Hurmmm... Dah lama tak tengok Wafariena berlakon. Tak silap dia pernah berlakon dalam drama 7 hari mencintaiku 2 yang bawa watak Nurul. Masa tu nampak malu-malu lagi lakonan dia. Eh! Menyimpang pulak.

Telefilem di awesome tv

Apa-apa pun, Berikut adalah ringkasan maklumat mengenai Telefilem Kembar Keliru okey! 🙂🤭

WAKTU SIARAN : Ahad, 28 Februari 2021, 9:30 malam 
SIARAN TV : Awesome TV (Slot Ohsem)
PENULIS SKRIP : AmniXahra
PENGARAH : Wan Saiful Shahrizan
PRODUKSI : Suara Kita Production
PELAKON : Syazwan Zulkifli, Sweet Qismina, Wafariena, Rosnah Johari, Dato’ Jalaludin Hassan dan Marisa Yasmin

SINOPSIS KEMBAR KELIRU

Telefilem Kembar Keliru mengisahkan tentang seorang jejaka bernama Iskandar (Syazwan Zulkifli) yang telah bertunang dengan Ameera (Sweet Qismina) iaitu anak kepada sahabat bapanya.

Iskandar terlalu rimas dengan sikap Ameera yang terlalu manja dan mengada-ngada sehingga dia membuat keputusan untuk menjauhkan diri daripada Ameera.

Iskandar telah membuat keputusan untuk pergi ke sebuah pulau tanpa pengetahuan sesiapa. 

Bermulalah kisah pertemuan Iskandar dengan Cendana di pulau tersebut. Cendana, lakonan Wafariena, adalah gadis pulau yang cantik, lemah lembut dan juga seorang pelukis.

Tanpa diduga, Iskandar telah jatuh cinta pada Cendana. Iskandar juga bertemu dengan Shamel, sepupu kepada Cendana yang mempunyai wajah seirasnya.

Oleh kerana wajah yang serupa, Iskandar mengupah Shamel menyamar sebagainya sementara Iskandar tinggal di pulau untuk memikat hati Cendana.

Suasana menjadi kelam kabut apabila Dato Shah (Dato Jamaludin Hassan) membuat keputusan untuk menikahkan Shamel yang dianggap Iskandar dan akhirnya rahsia kedua keluarganya terbongkar.

Apakah rahsia tersebut? Adakah Ameera bercerai dengan Shamel setelah mengetahui perkara sebenar atau Shamel sememangnya juga telah jatuh cinta kepada Ameera?

That it's serba sedikit maklumat mengenai telefilem terbaru yang bakal disiarkan di saluran awesome tv malam ni.

Sama-sama kita tunggu masa tayangannya. Selamat menonton semua. Have a nice day.

#telefilemawesometv
#kembarkeliru