Sinopsis Dan Ulasan Episod 9 Takdir Yang Tertulis

Assalamualaikum.
Selamat Malam.

Sambungan episod 8
Kak Shima, cleaner di pejabat Juweta balik ke rumah seperti memikirkan sesuatu. Rupanya, dia serumah dengan Kak Jo orang gaji Juweta. Shima menceritakan apa yang dia tahu tentang Azlan, Ruhila dan Juweta. 

Slot Samarinda tv3

Pernah satu hari dia terdengar perbualan di antara Azlan, Hakim dan Che Salmah tentang rancangan mereka untuk menjatuhkan Juweta. Apalagi, Kak Jo minta Kak Shima carikan bukti di pejabat.

Di sisi lain...

Azlan membelikan sehelai blouse yang cantik untuk Ruhila demi memujuk Ruhila. Azlan mengajak Ruhila keluar tapi Ruhila menolak. Dia tidak rasa ini masa yang sesuai untuk mereka bergembira memandangkan Azlan baru sahaja menceraikan Juweta. Selepas dipaksa oleh Azlan barulah Ruhila bersetuju.

Di dalam kereta Azlan memberikan hadiah sebentuk cincin untuk Ruhila. Dia juga turut berjanji akan terus menyintai Ruhila.

Manakala... Di sisi lain.

Juweta tidak dapat menahan perasaan rindu terhadap Mika. Dia meminta Ean membawanya kerumah lamanya hanya untuk melihat rumah dimana Mika berada. Walaupun tidak dapat melihat Mika, dapat melihat rumah nya pun sudah cukup untuk Juweta.

Samarinda tv3

Dari Jauh tiba-tiba, Juweta melihat Azlan keluar dari kereta. Ruhila dan Mika juga turut keluar dari kereta. Ean memberi semangat pada Juweta untuk kuat dan lebih tabah melawan Azlan dan Ruhila.

Ruhila masih tidak dapat melupakan Ean. Walaupun dia sudah berkahwin dengan Azlan, tapi di dalam hatinya masih ada Ean. Perkahwinannya dengan Azlan bukan atas dasar cinta tapi disebabkan paksaan Che Salmah dan rasa tertipu dengan Ean. 

Hakim dan Che Salmah mula merancangan sesuatu yang baru untuk menentang Juweta. 

Kemudian,

Ruhila cuba menerangkan pada Mika yang dia adalah ibu kandung Mika. Bukan Juweta. Tapi Mika tidak boleh menerimanya.Che Salmah yang mendengar Mika dan Ruhila berbual mula masuk campur dan memberitahu Mika yang Ruhila adalah ibu kandungnya bukan Juweta. 

Dia juga turut memberitahu Mika yang dia tidak suka dengan keturunan Mika. Azlan yang mendengar kata-kata Che Salmah bertanya dan mempertikaikan kata-kata Che salmah. Azlan naik ke bilik untuk memujuk Mika.

Che Salmah hanya ketawa melihat Azlan yang tertipu selama ini dan menyangka kan Mika adalah anaknya. Sedangkan Mika adalah anak Ean dan Ruhila. ( Part ni Azlan dan Che Salmah berpura-pura je sedangkan Azlan dah tahu Mika bukan anak dia ). Trik Che Salmah nak ugut Ruhila. Kan?

Ruhila ingin memberitahu perkara sebenar tentang Mika kepada Azlan. Tapi Mika masuk ke dalam bilik. Mika memanggil Ruhila ibu. Ruhila terkejut. 

Azlan memberitahu Ruhila, Jika Mika ingin bertemu Juweta dia mesti memanggil Ruhila Ibu. kerana itu lah Mika memanggil Ruhila ibu. Itu pun sudah cukup membuat Ruhila gembira.

Azlan menghantar Mika ke sekolah. Di pejabat, dia terserempak dengan Kak Shima di bilik pejabatnya sambil memandang cctv. Bila encik Azlan tegur, Kak Shima tergamam lalu beredar.

Mika pergi ke sekolah seperti biasa. Sampai ke sekolah dia meminta sedikit bantuan dari gurunya. Dia meminta untuk menghubungi Juweta. Episod 9 tamat di situ.

Ulasan Episod 9

Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua. Setiap kesalahan yang kita lakukan pasti akan terbongkar jua akhirnya.

Begitu juga tentang pilihan, bila pilihan yang salah kita pilih. Bermacam-macam masalah akan timbul, sepertinya tiada kesudahan. 

Sikap berdendam juga buruk padahnya. Tak sabar nak tunggu episod seterusnya. Mesti semakin best. Kan?


#slotsamarindatv3
#takdiryangtertulis
#TYT

Catat Ulasan

6 Ulasan

  1. che salma teringat cerita pramlee., hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Che Salmah selalu dikaitkan dengan watak jahat kan.

      Padam
  2. Tak sampai lagi tengok episod 9 ni. huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Takpe Fiza, tak sempat tengok live boleh layan di wetv. Hehe...

      Padam
  3. Sayangnya aku belum nonton seri ini. Sepertinya bagus rangkaian ceritanya ...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Thanks Himawan Sant sebab sudi singgah di blog Fiza ya.

      Ya, memang drama ni tengah trending ya di Malaysia. Best drama ni. 🙂

      Padam

Terima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. 😊😆👏#budibahasabudayakita

fizalinolie@gmail.com