Biodata Pelakon Yang Membawa Watak Mika Dalam Drama Takdir Yang Tertulis TV3

Assalamualaikum.
Selamat pagi.

Harini Fiza saja nak share satu lagi informasi tentang drama trending #takdiryangtertulis. Lately, watak Mika mencuri tumpuan apabila Ruhila dan Juweta berebut untuk menjaga Mika. Paling terkesan, apabila dia dihalau dari rumah oleh Che Salmah dalam episod 11 semalam. 

Namun, lega apabila Kak Jo terserempak dengan Mika ketika Mika menyelongkar sampah. Huhu... Scene nila yang membuatkan encik suami tanpa sedar mengalirkan air mata. Mana tak nya, bayangkan kalau anak sendiri macam tu. Kan?

Drama Takdir Yang Tertulis

Actually, siapa sebenarnya pelakon yang membawa watak adik Mika dalam drama takdir yang tertulis ni?

Ok! Memandangkan ramai yang tercari-cari tentang latar belakang Mika. Di sini Fiza nak kongsikan jugaklah biodata penuh Mika.

Biodata Mika Dalam Takdir Yang Tertulis

Nama Penuh : Nik Muhammad Aizat Iman Bin Nik Mohd Adli
Nama Popular : Isaac Iman
Umur : 6 Tahun (2020)
Tahun Lahir : Tahun 2015
Nama Ayah : Nik Mohd Adli Bin Nik Azlan
Kerjaya : Pelakon dan Model Kanak-kanak Malaysia
Media sosial : Instagram @Isaaciman01

Takdir Yang Tertulis

Menarik Tentang Isaac Iman, Pelakon Bagi Watak Kanak-Kanak Bernama Mika, Dalam Takdir Yang Tertulis

Actually, Isaac Iman merupakan adik kepada  pelakon dan model kanak-kanak Malaysia popular iaitu Nik Adam Mika. Anak kepada Nik Mohd Adli Nik Azlan (bapa), seorang pensyarah undang-undang.

Aktif berlakon pada Tahun 2019. Drama pertama adik Isaac Iman adalah Drama Encik Imam Ekpres yang dibintangi oleh Fikry Ibrahim, Ben Amir dan Nelydia Senrose sebanyak 14 episod di Astro Ria.

Telemovie pertama Isaac Iman bersama pelakon Alif Satar dan Uqasha Senrose dalam Telemovie Rindu Cinta Zulaikha.

That it's informasi mengenai latar belakang budak cilik yang membawa watak Mika dalam drama TYT. Berbakat kan budak ni berlakon?

Sumber :
Laman putihmelati
Instagram @Isaaciman01

#samarindatv3
#takdiryangtertulis
#biodatawatakmika
#biodataisaaciman
#TYT

Catat Ulasan

8 Ulasan

  1. Semalam tertengok kejap cite ni. macam best. Kena tengok dari 1st episod la dulu.. baru boleh faham..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ha'ah best drama ni. Fiza dari first episode sampai sekarang tak pernah tinggal. 😂🤣🤭

      Padam
    2. Betul betul best citer ni. semua episod layan!

      Padam
    3. Kan. Fiza pun tak miss tengok drama ni sampaila episod Akhir. 🤭

      Padam
  2. Adik dan abang berbakat betul dalam lakonan. Comel Adik Nik Adam Mika, Isaac Iman suka dia berlakon.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan... Dua-dua berbakat. Lagipun bapa dorang pensyarah undang-undang. No wonder la, anak-anak pun hebat.

      Padam
  3. Abg dia ke yg berlakon iklan susu dugro? ke dia?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak pasti pula untuk iklan susu dugro.

      Apa yang Fiza tahu, Abang dia Nik Adam Mika pernah buat untuk iklan Dutch Lady dan Darlie.

      Padam

Terima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. 😊😆👏#budibahasabudayakita

fizalinolie@gmail.com