Assalamualaikum.
Selamat pagi.

Harini Fiza saja nak share satu lagi informasi tentang drama trending #takdiryangtertulis. Lately, watak Mika mencuri tumpuan apabila Ruhila dan Juweta berebut untuk menjaga Mika. Paling terkesan, apabila dia dihalau dari rumah oleh Che Salmah dalam episod 11 semalam. 

Namun, lega apabila Kak Jo terserempak dengan Mika ketika Mika menyelongkar sampah. Huhu... Scene nila yang membuatkan encik suami tanpa sedar mengalirkan air mata. Mana tak nya, bayangkan kalau anak sendiri macam tu. Kan?

Drama Takdir Yang Tertulis

Actually, siapa sebenarnya pelakon yang membawa watak adik Mika dalam drama takdir yang tertulis ni?

Ok! Memandangkan ramai yang tercari-cari tentang latar belakang Mika. Di sini Fiza nak kongsikan jugaklah biodata penuh Mika.

Biodata Mika Dalam Takdir Yang Tertulis

Nama Penuh : Nik Muhammad Aizat Iman Bin Nik Mohd Adli
Nama Popular : Isaac Iman
Umur : 6 Tahun (2020)
Tahun Lahir : Tahun 2015
Nama Ayah : Nik Mohd Adli Bin Nik Azlan
Kerjaya : Pelakon dan Model Kanak-kanak Malaysia
Media sosial : Instagram @Isaaciman01

Takdir Yang Tertulis

Menarik Tentang Isaac Iman, Pelakon Bagi Watak Kanak-Kanak Bernama Mika, Dalam Takdir Yang Tertulis

Actually, Isaac Iman merupakan adik kepada  pelakon dan model kanak-kanak Malaysia popular iaitu Nik Adam Mika. Anak kepada Nik Mohd Adli Nik Azlan (bapa), seorang pensyarah undang-undang.

Aktif berlakon pada Tahun 2019. Drama pertama adik Isaac Iman adalah Drama Encik Imam Ekpres yang dibintangi oleh Fikry Ibrahim, Ben Amir dan Nelydia Senrose sebanyak 14 episod di Astro Ria.

Telemovie pertama Isaac Iman bersama pelakon Alif Satar dan Uqasha Senrose dalam Telemovie Rindu Cinta Zulaikha.

That it's informasi mengenai latar belakang budak cilik yang membawa watak Mika dalam drama TYT. Berbakat kan budak ni berlakon?

Sumber :
Laman putihmelati
Instagram @Isaaciman01

#samarindatv3
#takdiryangtertulis
#biodatawatakmika
#biodataisaaciman
#TYT