Ulasan Dan Sinopsis Episod 4 Takdir Yang Tertulis

Sambungan episod 3. Meroyan pulak tengok #takdiryangtertulis Kali ni. Episod 4 kita disajikan dengan rahsia 7 tahun perkahwinan Azlan dan Ruhila mulai diketahui oleh Juweta apabila Azlan sendiri membuat pengumuman di pejabat.

Juweta pengsan dan dalam masa yang sama flashback 36 jam sebelum Juweta pengsan berlaku. Selepas Juweta kena tampar dan beredar, Ruhila masuk ke rumah. Di situ bermulalah cerita bagaimana Ruhila berkahwin dengan Azlan. 


Pada mulanya Ruhila tak nak berkahwin dengan Azlan. Dia Tak boleh move on bila ditinggalkan oleh Ean. 

Fiza rasa mesti Ruhila mengandungkan anak Ean kan. Dalam masa yang sama, Che Salmah tahu kisah Azlan sukakan Ruhila. Then, dalam masa yang sama jugak dia tahu Azlan berkahwin dengan anak wanita yang merampas kekasihnya. So, Che Salmah menjadi master mine dalam cerita ni. Haha... Tetiba. Kan? Tapi, itu sekadar tekaan Fiza je. Nak tahu betul ke Tak kenalah tengok episode by episode. 🤣😂😝

So, untuk menutup malu Che Salmah paksa Ruhila supaya berkahwin dengan Azlan. At the end, Ruhila sendiri mengajak Azlan berkahwin. Masa ni, sakit hati sangat kat Ruhila. Sanggup tikam kawan dari belakang. 

Bila Juweta pengsan, dia di bawa ke hospital. Bila sedar, dia bagaikan orang gila mencari Ruhila untuk minta penjelasan. Namun, Ruhila tak Mampu nak berkata apa dan terus balik rumah.

Di rumah, Ruhila minta Azlan pulangkan harta dan syarikat milik Juweta. Dia tak sanggup menjatuhkan Juweta. Ruhila ajak Azlan lari dari semua orang. Tapi, malangnya. Semua perbualan mereka didengari oleh Che Salmah.

Keesokannya, Che Salmah, Hakim, Azlan, Rozita dan orang suruhan Che Salmah menyerbu rumah Juweta. Che Salmah menghalau Juweta dari rumahnya. Rumah tersebut telah menjadi hak milik Azlan dan Ruhila. Dia nak hak dia yang telah dirampas ibu Juweta.

Bukan tu je, dia turut memberitahu bahawa Mika bukan anak dia. Tapi, anak Azlan dan Ruhila.

Sekali lagi, Juweta mengamuk Dan mintak Azlan jelaskan. Namun, Azlan kaku, menangis dan tak mampu nak kata apa. 

Slot Samarinda tv3 terbaru

Juweta diheret keluar oleh orang suruhan Che Salmah. Tiba-tiba Mika keluar mengejar Juweta. Namun, dipeluk oleh Ruhila di luar rumah. Episod 4 berakhir dengan kemunculan Ean. Ruhila pulak tergamam bila ternampak Ean.

Bersambung...


#takdiryangtertulis

Ulasan : Tragedi paling sedih apabila semua yang dimiliki dirampas dalam sekelip mata.

Catat Ulasan

0 Ulasan