Nampaknya ramai yang meminati drama Takdir Yang Tertulis. Ini terbukti apabila ia mula trending di Twitter semalam dengan hastags bilatakdiryangtertulis.

Kisah Episod 3 Takdir Yang Tertulis

Sambungan daripada episod 2. Apabila Azlan keluar dari rumah dan nekad untuk bercerai. Juweta menangis semahunya dan dia mulai syak yang Azlan punyai hubungan dengan wanita lain.

Apalagi, Juweta cuba trace keberadaan Azlan dengan menggunakan handphone. Bom meletop! Juweta sampai di rumah Che Salmah. Kebetulan Rozita sedang bergedik dengan Azlan. Terus Juweta menyerang Rozita semahunya sehingga Azlan menampar muka Juweta. Dia ingat Rozita adalah isteri kedua Azlan.

Slot Samarinda tv3

Juweta tergamam lalu keluar dari rumah tersebut. Di luar pulak, Juweta bertembung dengan Ruhila. Ruhila cuba terangkan perkara yang sebenar. Namun, Juweta berlalu pergi. Sekali lagi Ruhila tidak berpeluang untuk menerangkan perkara yang sebenar.

Di rumah pulak, Ruhila sekali lagi cuba untuk memujuk Azlan supaya tidak menceraikan Juweta. Namun, Azlan tetap dengan pendiriannya dengan alasan dia dah tak tahan dengan perangai Juweta.

Hari berikutnya, sebelum ke pejabat Juweta cuba dapatkan peguam Azlan. Hakim menemuinya dan tak sangka Hakim merupakan lelaki yang pernah meluahkan perasaan terhadapnya sewaktu mereka sama-sama di universiti. Juweta dengan angkuhnya menolak cinta Hakim ketika itu. Hakim masih ingat. Namun, Juweta turut meminta maaf akan tingkahlakunya dulu. Dari riak wajah Hakim. Dia sepertinya berdendam terhadap Juweta. Kalau tak, tak kan dia beria-ia nak tolong Azlan. Kan!

Kemudian, dalam masa yang sama dengan angkuhnya berkata, sebelum Azlan pecat Juweta, Juweta kena pecat Azlan. Kalau tak nak sesuatu yang buruk berlaku.

Mendengarkan kata-kata Hakim itu, Juweta cepat-cepat ke pejabat. Semasa Juweta ingin mengumumkan sesuatu, tiba-tiba Azlan dan Hakim muncul dan mencelah.

Slot Samarinda tv3

Azlan tiba-tiba buat pengumuman. Dia akan ambik alih syarikat tersebut sebagai Ceo yang baru, dan jawatan coo yang dia pegang sebelum ni pula akan diambilalih oleh Ruhila. 

Ketika itu juga Ruhila muncul... Episod 3 berakhir di situ. Adakah Azlan jadi ceraikan Juweta? Apa yang berlaku setelah Juweta tahu akan perkara yang sebenarnya. Kenalah tunggu episod 4.

Bersambung...

Ulasan : Bagi Fiza, jalan ceritanya semakin menarik. Di mana satu persatu rahsia terbongkar. Kesian sangat kat Juweta, kawan yang menjadi tempat mengadu masalah selama ni rupanya  menjadi gunting dalam lipatan.

Tak sabar nak tunggu next episod. For those yang terlepas nak menonton episod 3. Boleh klik link di bawah ya, untuk menonton secara online di WeTV.


Selamat menonton semua.

#takdiryangtertulistv3