Telefilem Kuba Guling Karipap Pusing merupakan telefilem terbaru yang akan bersiaran pada malam ni, Ahad, jam 9:30 malam di Awesome TV saluran 123, Astro atau saluran 112, MyTV.

Telefilem arahan Izuan Mokhtar dan ditulis oleh Azal Ezreen ini Juga turut menampilkan para pelakon seperti Rozita Che Wan, Catriona Brian Ross, Azlee Khairi, Ezad Lazim, Kazar, Razak Ahmad dan Muzayyin.

Telefilem terbaru di awesome tv

Berikut adalah info ringkas telefilem Kuba guling, Karipap Pusing di bawah naungan syarikat Pena Creative Picture Sdn Bhd.

JUDUL : KUBA GULING, KARIPAP PUSING
WAKTU SIARAN : Ahad, 24 Januari 2201, 9:30 malam
SIARAN TV : Awesome TV
PENULIS SKRIP : Azal Ezreen
PENGARAH : Izuan Mokhtar
PRODUKSI : Pena Creative Pictures Sdn Bhd
PELAKON : Rozita Che Wan, Catriona Brian Ross, Azlee Khairi, Ezad Lazim, Kazar, Razak Ahmad, Muzayyin

SINOPSIS KUBA GULING, KARIPAP PUSING

Mengisahkah tentang pertelingkahan di antara dua orang wanita akibat salah faham.

Seorang wanita yang berniaga kuih di sebuah gerai membantu seorang wanita lain dengan mengambilnya sebagai pembantu dan akhirnya membantunya memulakan perniagaan bersamanya.

Salah faham mula berlaku apabila kuih yang diperkenalkan mula mendapat perhatian ramai dan wanita yang dibantunya berkawan dengan lelaki yang selama ini menjadi pujaannya. Adakah mereka masih berniaga bersama? Atau salah faham tersebut akan berakhir?

Klise drama melayu. Sah-sah akan berakhir dengan happy ending kan? Betul tak. Nak tahu kisah yang berlaku di sebalik telefilem ni, kenalah tunggu masa tayangannya malam ni jam 9:30 malam okeh.

Oh! Ya, sebagai nota tambahan...

Kuba guling merupakan kuih yang berasal dari Thailand. Ia juga dikenali dengan nama Kuih Hitam atau Koleh Hitam, mempunyai tekstur lembut dan dimakan bersama kelapa parut. Pernah viral suatu masa dulu.

Apa-apa pun, Selamat menonton semua.