Drama di bawah arahan Budak Ijat confirm trending dan terbaru drama di bawah arahan beliau ialah takdir yang tertulis lakonan Nad Zainal, dan Nazim Othman dan turut dibintangi oleh Elvin Chong, Elvina Mohamad dan Didie Alias.

Kisah Episod 2 Pada 25 Januari 2021

Sambungan Kisah Episod 1
Lepas Juweta dan Azlan berbual akhirnya Azlan mengambil keputusan untuk bercerai. Dia merasakan dirinya tidak beerti dalam hidup Juweta sepanjang perkahwinan mereka 7 tahun yang lalu. Selepas mereka berbual, Azlan terus keluar.

Juweta pula asyik fikirkan Azlan dan dalam masa yang sama masih beranggapan bahawa Azlan tidak akan menceraikannya.

Slot Samarinda terbaru Januari 2021

Sewaktu Ruhila datang untuk menghantar Mika ke sekolah, Juweta mengadu kepada Ruhila tentang hasrat Azlan yang mahu menceraikannya.

Ruhila memujuk Juweta dan dia berjanji akan memberitahu Azlan supaya tidak menceraikannya.

Di office, kakitangan Juweta bergosip dengan mesej Azlan di Twitter yang berbaur untuk bercerai dengan Juweta.

Juweta yang begitu cintakan Azlan terus balik ke rumah dan cuba call Azlan lansung tak dapat. Di mana Azlan sebenarnya? Apakah kaitan Azlan dan Ruhila?

Bila mengetahui Azlan ingin menceraikan Juweta, Ruhila cuba menelefon Azlan dan memujuk dia. Namun Azlan nekad dan tiba² Azlan flashback balik kisah dia, Ruhila dan Juweta semasa di universiti dahulu.

Sebenarnya, Azlan cintakan Ruhila dan pernah meluahkan perasaan pada Ruhila. Disebabkan Ruhila mengetahui Juweta menyukai Azlan, Ruhila menolak cinta Azlan. Dalam masa yang sama dia tak nak lukakan hati Ean. Siapa Ean? 

Azlan turut berjumpa kawannya Hakim yang mana merupakan peguamnya yang serba tahu tentang hasrat Azlan mahu ceraikan Juweta. Malah mereka telah Membuat plan A Dan plan B. Siapa Hakim sebenarnya? Yang begitu beria-ia nak bantu Azlan. 

Kemudian, Azlan balik ke rumah ibu mertuanya Che Salmah. Di situ juga ada Rozita. Siapa Rozita dan Che Salmah?

Di rumah mertuanya pulak, Che Salmah tak habis-habis mendesak bila nak pindah di rumah Juweta, bila nak ceraikan Juweta. Che Salmah menuntut janji Azlan 7 tahun dahulu semasa mula-mula dia hendak memperisterikan anaknya. 

Sebenarnya, Che Salmah dah tahu Azlan sudah mempunyai isteri masa tu. Dek kerana janji yang ditaburkan, Che Salmah terima jugak pinangan Azlan. Tapi, Siapa isteri keduanya. Adakah Rozita atau Ruhila? Tapi, boleh agak dah. Kan?

Disebabkan tak tahan mendengar leteran ibu mertuanya, Azlan keluar balik ke rumah Juweta untuk mengambil pakaiannya. Ternyata Azlan nekad untuk bercerai dengan Juweta.

Di rumah, Azlan sekali lagi bertembung dengan Juweta. Sekali lagi mereka bergaduh. Juweta ingin tahu kenapa Azlan mahu ceraikan dia. Azlan Tak nak dah hidup di bawah Juweta yang tidak menghormatinya sebagai suami. Sebelum Azlan keluar, Juweta sempat tanya. Awak ada perempuan lain ke?

Air muka Azlan berubah dan episod 2 berakhir di situ.

Tonton online : Episod 2

Bersambung...

Ulasan : Untuk Episod 2, memang sakit hatila tengok watak Juweta yang begitu dominan dalam rumahtangganya.

Kemudian, kenapa mesti Ruhila yang hantar Dan ambik anak dorang. Sepatutnya Juweta dan Azlan sendiri yang bertanggungjawab.

Tak sabar nak tengok rahsia 7 tahun Azlan dan Ruhila terbongkar...

Mesti kesian Kan nanti, Juweta dikhianati BFF Dan suami sendiri. Apakah motif dorang? Adakah kerana harta? Atau balas dendam? Ke sengaja... Untuk memberi pengajaran kepada Juweta.

Tapi Tula, no right no wrong... Kan?