Assalamualaikum.
Good Night.

Drama Rahimah Tanpa Rahim Di TV3
Nantikan drama terbaru bersiri 'Rahimah Tanpa Rahim' yang bakal disiarkan di slot Akasia TV3, bagi menggantikan drama Bidadari Salju.


Menampilkan lakonan Azlee Khairi, Puteri Aishah, Hafidz Roshdi, Ezzaty Abdullah dan ramai lagi. Selain itu, Drama arahan Eoon Shuhaini, terbitan Country & Universal Sdn Bhd ini juga akan bersiaran selama 28 episod, pada 7 malam dan setiap Isnin hingga Jumaat.

Drama Terbaru slot akasia tv3, 22 Januari 2021

WATAK PELAKON DALAM RAHIMAH TANPA RAHIM

Antara barisan pelakon yang berlakon di dalam drama ini adalah seperti berikut :-
  1. Azlee Khairi sebagai Jauhar
  2. Puteri Aishah sebagai Rahimah
  3. Hafidz Roshdi sebagai Adli
  4. Ezzaty Abdullah sebagai Nurul
  5. Liza Abdullah sebagai Mak Ani
  6. Amelina sebagai Puan Sakinah
  7. Mustaqim Bahadon sebagai Ramzi
  8. Sera Melissa sebagai Rozana
  9. Anne Abdullah sebagai Puan Faridah
  10. Diana Dee sebagai Shidah
  11. Badrul Muhayat sebagai Pak Akob
  12. Farhan Asri sebagai Idin
  13. Azri Iskandar sebagai Tuan Rosdi
  14. Che Kem sebagai Tuan Firdaus

SINOPSIS RAHIMAH TANPA RAHIM

Drama Rahimah Tanpa Rahim ini mengisahkan Rahimah (Puteri Aishah), seorang gadis kampung tinggal bersama ibunya, Mak Ani (Liza Abdullah) dan bapanya, Pak Akob (Badrul Muhayat). Sengsara telah lama menemani Rahimah bila dirinya selalu dipersalahkan dan dibenci oleh ibubapanya sendiri. Hasutan dan penipuan adiknya, Rozana (Sera Melissa) adalah punca Rahimah selalu ditimpa malang.

Adli (Hafidz Rosdi) ada menyimpan perasaan terhadap Rahimah tetapi perasaan itu semakin menyakitkan bila Rahimah temui seorang jejaka bernama Jauhar (Azlee Khairi). 

Jauhar mengambil keputusan untuk memperisterikan Rahimah dan Rahimah mengikut suaminya pulang ke bandar.

Nurul (Ezzaty Abdullah) merupakan gadis yang disukai Ramzi (Mustaqim Bahadon) tetapi Nurul hanya cintakan Jauhar. Nurul hanya anggap Ramzi sebagai kawan untuk mengadu segala masalahnya. 

Suatu hari, Rahimah ditimpa satu penyakit sindrom dan disebabkan itu, Rahimah mengetahui bahawa sejak lahir lagi, dia memang tiada rahim dalam perutnya. Dia tidak akan mendapat zuriat sepanjang hayatnya. 

Rahimah berfikir bagaimanakah kehidupannya sebagai seorang isteri yang tidak mampu memberi zuriat pada suaminya. Dengan rela hatinya untuk mengekalkan kebahagian rumah tangganya, Rahimah mengizinkan suaminya berkahwin sekali lagi, dengan Nurul.

Akhirnya, Jauhar dijodohkan dengan Nurul. Namun timbul pelbagai konflik yang menimpa Rahimah supaya Rahimah berpisah dengan Jauhar. 

Satu persatu perkara akan terbongkar dan adakah kebahagiaan akan menemui Rahimah. Lahirkah bahagia yang didambakan???

#AkasiaTerbaru
#RahimahTanpaRahim
#SlotAkasia