Assalamualaikum.
Good Night.

Resepi Sambal Belacan Cili Hijau Tradisi | Sementara Nur Dhia tidur, kita update apa yang patut. Ok! Entri kali ni Fiza nak share tentang sambal goreng paling simple dan tak banyak bahan, yang mana boleh membangkitkan selera sesiapa sahaja terutamanya kepada mereka yang gemarkan sambal belacan goreng.

Sambal Belacan Tradisional

Dulu masa arwah nenek Fiza masih hidup, dia suka tanam cili besar yang hijau tau. Kalau kat tempat Fiza, ia dipanggil cili sayur. Kenapa cili sayur? Sebab tak berapa nak pedas. Disebabkan tak berapa nak pedas tu jugak, arwah nenek suka buat sambal belacan tumbuk letak cili hijau potong. Then, goreng. Tak pun bubuh dalam sayur campur tumis kering. Duh! terliur bila teringatkannya tau.

Tapi tradisi itu tidak luput ditelan zaman, mak jugak suka buatkan sambal belacan goreng resepi arwah nenek. Still menerapkan teknik tradisional. Di mana bahan-bahannya masih kekal ditumbuk menggunakan lesung batu. Yelah! Sekarang ni kalau Fiza buat sambal belacan, dah takde dah main tumbuk-tumbuk bahan. Semua main blend je.

Alhamdulillah, semalam mak buatkan untuk kami adik-beradik. Bila makan, mesti teringatkan arwah nenek. Tapi tak semua berkesempatan nak merasa, al-maklumlah ada yang tak dapat balik. So, kami yang duduk berdekatan jela berpeluang untuk merasa. Maaf ye abang adik yang baca entri kali ni.

Resepi simple tapi sedap


Cara Buat Sambal Belacan Cili Hijau Digoreng

Ok! Alang-alang dah bercakap pasal sambal belacan cili hijau ni, Fiza nak kongsikan jugaklah cara nak buat sambal belacan tersebut. Jom! kita tengok bahan-bahan yang diperlukan. Antaranya :-

500gram cili hijau dihiris dan dibuang biji
5 ulas bawang merah
6 ulas bawang putih
belacan secukupnya
ikan bilis lebih kurang dua genggam ( dah dibuang tulang ) dan
minyak untuk menumis
sedikit garam dan ajinomoto

cara masaknya pulak

  1. Pertama, panaskan minyak. Bila minyak dah masak, masukkan bawang merah, bawang putih, ikan bilis dan belacan yang telah ditumbuk.
  2. Bila dah naik bau dan hampir masak, masukkan cili hijau. Jangan biarkan terlalu lama agar nutrisi pada cili tersebut tidak hilang.
  3. Akhir sekali, perasakan dengan sedikit garam dan ajinomoto.

sedap! bila makan dengan nasi panas tau. Mudahkan?

#SambalBelacanGoreng
#SambalBelacanCiliHijau