Senarai Pemenang Anugerah Meletop ERA 2020 Di Astro Ria HD 104

Assalamualaikum.
Good Night.

Anugerah Meletop ERA (AME) 2020 | Malam ni takde rancangan atau movie yang best. Sementara mata tak mengantuk lagi, Fiza temankanlah encik suami layan anugerah meletop era di astro ria. Sepatutnya AME 2020 bersiaran pada 12 Disember, disebabkan terdapatnya peningkatan kes convid-19 di negara kita sejak akhir-akhir ni, ia terpaksa ditunda ke malam ni. Hos untuk anugerah meletop era kali ni adalah Nabil, Jihan dan Zizan Razak. 

Walaupun mengikut ketetapan SOP dan berlandaskan norma baharu, ia tidak menghalang rancangan tersebut untuk disiarkan dengan meriah dan mengetengahkan tema 'Epik Glam' yang mana menggunakan tagline - Yang Epik, Yang Legend.

Seperti lazimnya, 15 kategori dipertandingkan dan para peminat dunia hiburan masih lagi memegang peranan sebagai juri bagi kesemua 15 kategori tersebut.

Anugerah Meletop Era 2020
Kredit foto : Instagram Astro Gempak


Senarai Penuh Keputusan Pemenang Anugerah MeleTOP ERA (AME) 2020  

Antara artis yang menang bagi AME 2020 pada malam ni adalah seperti berikut :-
  1. Pemenang bagi kategori Hos Meletop adalah Alif Satar.
  2. Pemenang bagi kategori Couple Meletop adalah Hanis Zalikha dan Hairul Azreen.
  3. Pemenang bagi kategori Cilik Meletop adalah Alisa Aisyah.
  4. Pemenang bagi kategori Artis Baharu Meletop adalah Han Byul.
  5. Pemenang Kategori Influencer Meletop adalah Syahmi Sazli production.
  6. Pemenang program meletop adalah sepahtu reunion live 2019.
  7. Pemenang bagi kategori Artis versatil meletop adalah Siti Nordiana.
  8. Pemenang bagi kategori drama meletop adalah sweet dreams.
  9. Pemenang bagi kategori pelakon meletop adalah Ben Amir dalam drama sweet dreams.
  10. Pemenang bagi kategori grup/duo meletop adalah Khai Bahar dan Siti Nordiana dengan lagu kau satukan rasa.
  11. Pemenang bagi kategori penyanyi meletop adalah Haqiem Rusli dengan lagu selamat tinggal sayang.
  12. Pemenang bagi kategori lagu meletop era adalah lagu lembah kesepian, Haqiem Rusli.
  13. Pemenang bagi kategori filem meletop adalah Ejen Ali The Movie.
  14. Pemenang bagi kategori bintang filem meletop adalah Syafiq Kyle dalam filem Pusaka.
  15. Pemenang bagi Anugerah Khas Meletop Era adalah Tan Sri Dato' Seri Dr. Noor Hisham bin Abdullah.
  16. Pemenang bagi Anugerah Wira Meletop Era adalah Ustaz Ebit Lew.
Aduh! siap ada adegan melamar Kamal Adli dengan Uqasha Senrose pulak selepas dorang siap umumkan pemenang beberapa kategori tau. gentlemen gitu. Haha.  Ingatkan dia nak promote drama terbaru dorang ke apa. Tapi, rupanya betul-betul, siap kamal Adli sarungkan cincin di jari Uqasha Senrose lagi. Tapi Fiza tak terkejutla tengok, sebab ada jugak terbaca gosip pasal dorang serius dalam hubungan. Kan? Apa-apa pun, semoga dorang bahagia dunia akhirat hendaknya. 

Senarai Pemenang Anugerah Utama AME 2020

Kemudian ada 3 anugerah utama jugak last sekali diumumkan, di mana ia terdiri daripada :-
  1. Pemenang Anugerah top-top meletop grup/duo, yang mana dimenangi oleh Khai Bahar dan Siti Nordiana.
  2. Pemenang anugerah top-top meletop wanita pulak dimenangi oleh Siti Nordiana dan
  3. Pemenang bagi anugerah top-top meletop lelaki pulak dimenangi oleh Haqiem Rusli.
Nampaknya, yang banyak bolot anugerah malam ni adalah Siti Nordiana dan Haqiem Rusli. Apa-apa pun, Tahniah buat semua pemenang AME 2020. 

#AME2020

Catat Ulasan

3 Ulasan

  1. tq mem... kmk nang nk search senarai pemenang juak tek... kmk mcm biasa mlm isnin nangga lagu cinta kita... hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama² mem. Sambil nangga sambil update ya tek. 😆

      Padam
  2. Tahun 2020 tahun siti nordiana dan Haqiem Rusli. Banyak menang tu. Tahniah untuk semua.

    BalasPadam

Terima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. 😊😆👏#budibahasabudayakita

fizalinolie@gmail.com