Assalamualaikum.
Selamat Malam.

Malam ni anak-anak dan encik suami ajak layan Muzikal Lawak Superstar 2 akhir. Dorang siap beli popcorn lagi, untuk hidangan masa menonton. Actually, every weeks tengok. Cumanya malas nak update. Kami dok pakat kata, kalau tak U.N.I, heart yang akan jadi juara. Agak susah jugaklah nak predict siapa yang dapat tempat pertama sebenarnya. Walaubagaimana pun, tak sangka jugak jangkaan kami anak beranak betul pulak pada musim ni. 🤭

Dan, berikut adalah...

Keputusan Penuh Muzikal Lawak Superstar 2 Akhir

Tempat pertama dimenangi oleh Kumpulan Heart dengan membawa pulang wang berjumlah RM150,000 dan trofi.

Manakala Kumpulan U.N.I pula berada di tempat ke-2 dan berjaya membawa pulang wang sejumlah RM75,000 dan trofi.

Kemudian, Kumpulan Viral berada di tempat ke-3 dengan membawa pulang wang bernilai RM50,000 dan trofi.

Tempat ke-4 pula dimenangi oleh Kumpulan Janggo dengan membawa pulang wang bernilai RM25,000 dan trofi.

Kemudian, untuk anugerah Superstar Musim ke-2 turut diberikan, namun secara individu dan ianya telah dimenangi oleh Danial dari Kumpulan Heart. Tahniah! Memang talented orangnya. Gagum dengan kebolehan dia meniru gaya dan aksi orang lain. Menjadi sangat. Kan?

Rancangan MLS 2 2021
Sumber : Gempak

Heart Juara Untuk Muzikal Superstar 2 
Apa-apa pun, sekali lagi Tahniah! Buat semua. For me, kumpulan Heart yang terdiri daripada Ezad Lazim, Azmi iaitu vokalis dari Caliph Buskers dan Danial Zaini... Memang layak mendapat tempat pertama pada malam ni. Sakit perut oiii gelakkan Daniel. Persembahan pertama, dia tiru gaya Tun Mahathir. Persembahan kedua pulak, dia tiru gaya Dato' Najib. Tapau habislah malam ni. 

Juara dah pun diketahui. Maka berakhirlah sudah rancangan Muzikal Lawak Superstar 2. 

#muzikallawaksuperstar2akhir
#JuaraMLS2