Tersimpang Ke Alam Bunian, Telefilem Terbaru 28 November 2020 Di Astro Citra

Assalamualaikum.
Good Night.

Korang tengah buat apa? Malam ni Fiza nak update sedikit info mengenai drama. For those yang meminati slot telefilem setiap Sabtu, jam 9 malam di Astro Citra dan Citra HD... Weekend ni 28 November 2020, ada lagi satu telefilem terbaru tau... Berjudul tersimpang ke alam bunian, lakonan Farid Kamil dan Amerul Affendi.

Actually, telefilem kali ni pun sama macam telefilem 3 dukun santet. Di mana kisahnya jugak merupakan kisah yang di inspirasikan daripada sebuah kisah benar. Tengok banner telefilem macam seram. Kan!

 Baca Juga  : Kisah 3 Dukun Santet

Telefilem 28 November 2020 Di Astro Citra, Citra HD

Sinopsis Tersimpang Ke Alam Bunian Astro Citra dan Citra HD

Seram atau tak... Kenalah tunggu waktu tayangannya malam esok ok!

Berdasarkan sumber, telefilem tersebut mengisahkan tentang Duan dan Isa bekerja sebagai badut dan penghibur. Suatu hari, mereka telah memenuhi jemputan untuk membuat persembahan yang jauh dari Kuala Lumpur.

Ditemani rakan mereka Lan, mereka yang sedang dihantui satu roh yang tidak tenang telah tersesat dan termasuk ke satu dimensi yang aneh dan bertemu dengan Seroja. Dapatkah mereka pulang ke alam biasa?

Sumber : Myinfotaip

Korang rasa macam mana? Any ideas... Apa-apa pun isunya, kalau dah termasuk ke satu dimensi, memang agak sukarla nak keluar. Kecuali, dengan bantuan ustaz ataupun mereka yang arif mengenai alam bunian.

Nak tahu kesudahan kisah di sebalik tersimpang ke alam bunian, kenalah menonton sendiri malam esok. Kan?

JUDUL : TERSIMPANG KE ALAM BUNIAN
WAKTU SIARAN : Sabtu, 28 November 2020, 9:00 malam
SIARAN TV : Astro Citra & Citra Hd
PENULIS SKRIP : Naza Manas
PENGARAH : Osman Ali
PRODUKSI : Nuansa Sdn Bhd
PELAKON : Farid Kamil, Amerul Affendi, Shahidan Izwan, Zack Zabhas, Hana Ameera, Sri Idrina, Naza Manas

Before mengakhiri entri kali ni, berikut adalah video trailer telefilem  tersimpang ke alam bunian.

Selamat menonton semua. Have a nice day. 👏😊

#TersimpangKeAlamBunian
#TelefilemTerbaru


Catat Komen

10 Ulasan

  1. Mcm best jak tp kmk tok jarang nangga tv.. certain cerita jak nangga

    BalasPadam
  2. Kamek pun sik sempat juak nangga cita tok malam tadik. Anak² dah tidur jam 9 malam. Mun laki kamek nang sik berminat nangga cerita seram.

    Kamek tok, mun sikda orang dengan nang sik nangga. Anak kamek nombor duak suka nangga cita seram. Sak lepas ya takut. 😂😂😂

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aieeeeeee fiza..... Kmk tek tgh crk cita tok juak... Ria ada nangga p half way laki kmk nukar channel lalula x abis.... Hahahh btemu ctok indah eh

      Padam
    2. sempat juak kitak nangga. kamek nang lalu sik berkesempatan nangga. nak nangga, tapi takut. orang lain dah tido masa ya. Hahaha.

      Padam
  3. x brani wak nk tgk seram.., huhuhu

    BalasPadam
  4. Dah masuk ke alam bunian tu samada terlepas keluar ataupun tidak, seram!

    BalasPadam
    Balasan
    1. tu la Fiza. Actually, banyak cerita Fiza dengar pasal dunia bunian. So, tu yang takut nak tengok.

      Padam
  5. Salam. Oooo fiza... Pandei mlelat ctok kmk eh... Tgh crk cita tok juak... Nangga stgh jalan... Knk tkr channel oleh laki kmk ria... Bes cita tok aih...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rami orang madah cerita tok best. Tapi kamek belum gik nangga.

      Padam

Terima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. 😊😆👏#budibahasabudayakita

fizalinolie@gmail.com