Assalamualaikum.
Good Night.

Malam ni Fiza nak update sedikit tentang telefilem terbaru selepas tersimpang ke alam bunian ye. For those yang minat dengan telefilem seram komedi, weekend ni 5 Disember 2020 akan ditayangkan sebuah lagi drama berjudul Matilah Nak Pontianak di Astro Citra dan Citra HD jam 9 malam.

Antara barisan pelakon yang membawa watak dalam telefilem tersebut adalah seperti Shiha Zikir, Usop, Azzam Sham, Qody Rany, Coki, Arie Zaharie dan Bohari Ibrahim.

telefilem seram komedi astro citra dan citra HD

SINOPSIS MATILAH NAK PONTIANAK

Berdasarkan sumber, telefilem matilah nak pontianak mengisahkan tentang tiga orang jejaka yang telah berjumpa dan ingin mencari bomoh terkenal untuk mengubati penyakit aneh yang mereka hidapi. Antara penyakit yang mereka hidapi adalah seperti ada yang tertidur bila-bila masa, ada yang menjadi lelaki lembut dan ada jugak tiba-tiba menjadi panas baran. Dengan kaedah pengubatan yang aneh dan perkenalan mereka dengan Matila telah merungkai sebuah rahsia yang perlu diungkai. Apakah rahsia tersebut? - Sumber | Myinfotaip

Tadi ada jugak tengok iklan telefilem ni lalu di tv. Macam best. Fiza kalau seram, tapi ada part lucu. Boleh lagi layan. Kalau memanjang seram. Memang taklah nak tengok sorang-sorang. Kalau ada teman menonton tu, maybe boleh lagi kot nak layan.

korang pulak bagaimana? Minat tak telefilem berunsur seram komedi ni? Jom kongsikan di komen ye.

Before mengakhiri entri kali ni, Suka Fiza nak share gambaran ringkas maklumat dan trailer tentang telefilem yang bakal bersiaran hujung minggu ni.

JUDUL : MATILAH NAK PONTIANAK

WAKTU SIARAN : Sabtu, 5 Disember 2020, 9:00 malam
SIARAN TV : Astro Citra 108(HD) / 128(SD)
PENULIS SKRIP : Epy Kodiang
PENGARAH : Azhari Zain
PRODUKSI : Arie Zaharie Production Sdn Bhd
PELAKON : Shiha Zikir, Usop, Azzam Sham, Qody Rany, Coki, Arie Zaharie, Bohari Ibrahim

VIDEO TRAILER MATILAH NAK PONTIANAK

#TelefilemSeramKomedi
#MatilahNakPontianak