Rutin Harian Bila Anak-Anak Kelas Online Di Rumah

Rutin Harian Bila Anak-Anak Kelas Online Di Rumah 

Assalamualaikum. Good morning. Sebelum start buat apa-apa kerja, sebelum suami dan anak-anak start online class... Sarapan WAJIB ambik. So, as a mom pepagi lagi dah ke dapur untuk masak apa yang patut. 

Sebelum memasak, Nur Dhia kena bagi menyusu terlebih dahulu. Kalau tak, nanti time tengah masak confirm di melalak. Dah puas menyusu... Biarkan dia bermain dengan kakak²nya. Tak mandi lagi. Kat luar hujan. So, biarkan jela dulu. 

Menu Simple Tapi Mengenyangkan

Puas fikir, yang ada mee kuning dan roti di dapur. So, buat jela sandwich kosong dan mee goreng. Tak sampai setengah jam siap part breakfast

 Baca Juga  : Resepi Mee Goreng Kuning

Produk

Fiza suka guna mayonis jenis mayo serbaguna ni. Sedap sangat walaupun sandwich kosong tanpa salad. For those yang baru first time nak buat sandwich... Berikut Fiza sertakan video dari youtube yang mana akan menunjukkan cara membuat sandwich kosong step by step

Video Cara Membuat Sandwich Kosong

Sumber : Ani's Home Recipe

Before Nur Dhia bosan bermain. Kena multitasking pepagi. So, sebelum minum... On dulu mesin basuh. Cuci baju kotor. Settle. Sekarang zaman moden. Kerja-kerja rumah semakin mudah dengan adanya barangan elektronik yang canggih. On je, terus kerja dan siap. Tinggal nak sidai je kan. Sementara tu, boleh sapu lantai. At the same time, keluarkan bahan basah untuk masak selepas online class

Start Kelas Online

Pagi ni ada satu subject. Lepas mandi, breakfast terus start kelas. Sambil layan Nur Dhia sambil tu jugak layan pertanyaan Alia dan Ain tentang kerja sekolah dorang. 

Kisah anak

Budak sorang ni dah reti ajak bergurau. Bila diagah... Sakan gelak. Allahu akhbar... Betapa hebatnya rezeki anak. Kekadang bila difikirkan, belajar tinggi² tak kerja... Boleh stress dibuatnya. Tapi, bila Fiza belajar Let go perasaan dan belajar bersyukur. Betapa nikmatnya dapat jaga anak sambil buat income dengan blog. Semua urusan menjadi mudah. 

Bila start kelas online, kekadang ada masa anak tak fokus. As a mom kena bertegas. Kalau tak, semua kerja tak jalan. First, isi perut terlebih dahulu. So, masa belajar takdela dorang nak mintak kudapan. Kemudian, tv jangan on lansung. Tempat belajar pun kena selesa. So far, setakat ni kak Alia dan Ain takde lagi masalah. Siap kerja terus hantar. Fiza tak suka ajar anak buat kerja bertangguh. Sekali bertangguh... Confirm, esok lusa buat benda yang sama. Kan. 'pateh' kata orang Sarawak. 😛😊

Settle kelas online. Mandikan Nur Dhia dan masak. In Shaa Allah, nanti Fiza update lagi ok. 

Have a nice day. 



Post a Comment

8 Comments

  1. Banyak cabaran kelas online ni kan. Nak kekal fokus masa kelas tu memang mencabar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Jannah. Lagi² budak sekolah rendah. Ada je akal nak ngelat. Tapi, setakat ni Alia dan Ain ok je. Under control lagi... Esok lusa tak tau la. 😂😂😂

      Delete
  2. Rutin kita nektok... mun kmk ari wfh jak dpt fokus ngibun anak molah homework atau online class.. mun keja nang ngarap sidak pun jak klak balit br dpt ngecek

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yalah o... Kerja mak² tok nang sik pandey abis. Lagik² kitak orang nak bekerja di luar ya. Faham gilak kamek. Abis kerja mesti mok cepat² balit sambung gik kerja di rumah. Tedah...

      Delete
  3. Replies
    1. Aamiin. Terima kasih atas doanya.

      Semoga urusan kita sama² dipermudahkan hendaknya. Aamiin.

      Delete
  4. membahagiakan bila duduk rumah spend masa dengan anak anak :)

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah. Bersyukur atas nikmat yang Allah berikan.

    ReplyDelete

Terima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. 😊😆👏#budibahasabudayakita

fizalinolie@gmail.com