Resepi Sup Telur Simple Dan Mudah Untuk Disediakan

Resepi Sup Telur Simple Dan Mudah Untuk Disediakan - Assalamualaikum. Sebagai seorang ibu, ada hari kita akan malas untuk memasak. Betul tak? 

Masa tula akan tercari-cari menu apa yang mudah untuk disediakan. Kalau boleh biarlah menu tu 2 in 1. Sayur dan protien masuk sekali. Bila dah buntu, Mulalah termenung di depan peti sejuk. Haha...

Cara untuk simpan telur
Fiza simpan telur dalam bekas. Bekas ni Fiza beli di kedai supersave. Satu unit dijual dengan harga RM4.50. Satu bekas boleh muat 10 biji telur. So, Fiza beli 3 bekas. Bermakna cukup untuk 1 bundle, 30 biji telur. 

Tup-tup terfikir pulak nak buatkan sup telur orang bujang. Yes! Tiap kali Fiza buat sup telur. Mesti encik suami akan cakap 'sup telur bujang'. Katanya, dulu sebelum kawin. Masa mengajar di Sungai Asap, bila dah tak tahu nak masak apa. Mesti akan masak sup telur. 

Pada Fiza. Telur adalah antara makanan yang disukai ramai. Sedap! Walaupun bukan menu 5 bintang, Boleh habis sepinggan dua nasi dibuatnya. Kan! Lagi-lagi bila ada add-on ulaman dan sambal belacan. Fuh! Nikmat apalagi nak didustakan. Kan? 

Resepi Sup Telur Suhun

Oleh demikian, entri kali ni Fiza nak share resepi bagaimana nak masak sup telur paling ringkas. Bahan pun sikit. Sebelum tu, Fiza nak bagitaula apa bahan yang diperlukan. Antaranya :-
4 biji telur
Halia yang dihiris halus
3 biji bawang putih dihiris halus
3 biji bawang merah dihiris halus
Daun sederi
Suhun
Seketul kiub ayam
Cili segar yang telah dihiris
Perencah Maggie secukup rasa
Bawang goreng 
Minyak untuk menumis dan
Air untuk kuah sup

Cara Masak Sup Telur Campur Suhun

Ok! Pertama sekali, cuci telur bersih-bersih. Kalau boleh kenalpasti dulu, telur elok ke tak. Penting! Kena tahu tahap kesegaran telur sebelum memasak kan. Ini untuk mengelak daripada keracunan makanan. 

Macam mana nak tahu telur rosak ke tak. Senang je. Pecahkan satu per satu di dalam mangkuk kerana kita akan melihat keadaan kuning dan putih telur secara visual. Telur segar akan mempunyai kuning telur yang masih kental, elok bentuk bulatnya. Manakala keadaan kuning telur yang dah lama pulak akan kelihatan agak meleper dan agak cair (bentuk bulat tidak elok), malah kadang-kala ada yang melekat pada kulit telur. Perhatikan juga keadaan putih telur, jika warnanya keruh dan keadaannya agak melekit serta tidak cair ianya masih segar. Manakala jika warnanya agak jernih dan keadaannya cair maka ianya sudah lama. Settle bab cuci telur dan check kesegaran telur. Then letak tepi. 

Kedua, panaskan minyak dalam kuali. Masukkan halia, bawang putih, bawang merah dan cili. 

Bila dah naik bau. Masukkan air secukupnya. If korang suka sup bunjut. Boleh add-on ye. Fiza punya tak letak. Fiza lebih suka bau bawang dan halia je. 

Then, bila air dah cukup mendidih. Masukkan telur sikit demi sedikit. Masukkan kiub ayam, suhun dan daun sederi. If rasa kiub ayam tak cukup masin, bolehlah perasakan dengan sedikit perencah secukup rasa meggie.

Akhir sekali, if korang nak kuah sup yang pekat, bolehlah cairkan dua sudu teh tepung jagung dengan air kosong. Tapi, untuk resepi sup telur stail Fiza ni. Fiza tak nak kuah yang pekat. So, tak payahlah letak. Ok! 

Resepi

Bila dah masak. Bolehla taburkan bawang goreng di atasnya. Siap! Mudahkan?

Selamat mencuba. 

Actually, sup telur ada bermacam-macam versi. Banyak benda boleh add-on. Contohnya boleh tambah jagung. Jadilah sup telur jagung. Ada yang suka kentang dan lobak merah, bolehla add-on kentang dan carrot. Maka jadilah sup telur kentang lobak merah. Kemudian, ada jugak yang suka tauhu. Letak tauhu, maka terhasilla resepi sup telur tauhu. Kan! 

Ada yang suka letak kobis. Senang dua dalam satu. Protien, sayur sekali masak terus. Dapatlah sup telur sayur. Nak lagi banyak sayur, boleh add-on carrot, fucuk atau cendawan. Pergh! Memang sedap. Sihat pulak tu. 

For those yang nak diet, makan sup telur campur banyak sayur pun dah kenyang. Dah tak payah makan nasi dah. Itula yang Fiza amalkan dulu masa mengandungkan Nur Dhia. First time kena GDM. Masa tu memang pulun cari resepi yang boleh mengenyangkan dan dalam masa yang sama boleh kurangkan pengambilan nasi. Alhamdulillah, GDM Fiza masa tu under control. 

That why, telur dikatakan makanan paling mudah untuk disediakan. Macam-macam boleh add-on. Selain sup telur, Fiza jugak ada kongsikan beberapa resepi lain berasaskan telur di blog ni. Antaranya adalah seperti berikut. Just klik pada tajuk resepi di bawah ye.

Semoga bermanfaat buat semua. Alhamdulillah, rezeki lauk lunch semalam yang cukup mengenyangkan. Lama tak buat sup telur kan. Jadi semua pakat bertambah-tambah nasi. 😆😊😊😂

#SupTelurSuhun


Post a Comment

10 Comments

  1. Saya pun suka masak menu 2 in 1 macam ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mudah kan Jannah. Jimat masa pulak tu. Lagi² bila mood malas datang. Tapi, tak boleh selalu. Nanti anak² cepat jemu. 😊

      Delete
  2. Sesekalu ngadap sup telur enak juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu wak. Actually, Fiza jarang buat. Selalunya, yang jarang tu la yang buatkan nasi bertambah-tambah. 😂

      Delete
  3. Hidangan simple yang sedap. Saya suka letak sawi :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup! Serius sedap bila letak sawi. Akak pun kalau ada sayur sawi memang akan letak jugak sebab encik suami suka makan. 😊

      Delete
  4. Ohh ya, hari yang malas tu memang wujud. Memang nak masak yang ringkas je 2 in 1. senang kerja bila mood malas :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan. Nasib baik encik suami jenis tak cerewet. Kalau tak, haru dibuatnye. 😂

      Delete
  5. menu fav anak2 kmk juak tok mun dah xda idea... mun kmk madah anak2 xtauk nk masak apa sidak yg cadangkan sup telor... engkah leyak hiris nang nyaman... kmk suka campur sawi juak... alu ada idea dinner mlm tok... haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aok nang nyaman bila dicampor sayur sawi. Salu engkah sayur sawi juak. Sikda stock sawi, ya polah mana nak ada jak. Hahaha...

      Delete

Terima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. 😊😆👏#budibahasabudayakita

fizalinolie@gmail.com