Assalamualaikum, hai...
Resepi Telur Dadar Bersayur | Harini, kampung Fiza blackout dari jam 9 pagi sampaila 5 petang. Bertabahlah hendaknya. Walaupun elektrik takde, aktiviti memasak tetap jugak berjalan. Selain kacang panjang tumis dan ayam goreng bertepung, Fiza jugak masak telur dadar bersayur untuk anak-anak. Cumanya, kak Alia je alergik telur. Tapi, ada ayam goreng untuk dia. 😋😍😌
CARA MEMBUAT TELUR DADAR BERSAYUR
seperti kebiasaan, walaupun resepinya mudah ataupun simple... As a blogger, mana mungkin lepaskan peluang yang ada untuk berkongsi resepi masakan. For me, telur adalah menu paling rakyat Malaysia suka... Lebih-lebih lagi bila hujung bulan. Betul tak? Hehe...
Tapi, masa bergelar anak dara dulu pun... Masa di U, makan telur adalah dambaan selalu... Lebih-lebih lagi bila asignment melambak. Telur pun jadilah... Pendek kata, telur adalah menu paling orang bujang suka. Kan!
Jadi, kali ni... Fiza nak share cara mudah bagaimana nak buat telur dadar bersayur dan bahan-bahan yang diperlukan untuk membuatnya adalah seperti berikut :-
Bahan telur dadar bersayur
5 biji telur ayam bersaiz besar
2 labu bawang besar
½ biji lobak merah } Saiz besar
10cm batang saderi
20gram daun bawang
2 biji cili merah
Perencah secukup rasa meggie/sedikit garam dan
Minyak untuk menggoreng
Cara Membuat :-
- Parut lobak merah dan hiris halus bawang besar, cili, daun bawang dan saderi.
- Campurkan semua bahan-bahan dengan telur.
- Kacau sehingga sebati dan masukkan perencah secukup rasa maggie. Kalau takde, boleh je letak garam mengikut citarasa.
- Panaskan minyak ke dalam kuali. Tuangkan adunan telur dan goreng sehingga masak. Siap untuk dihidangkan.
Mudah kan?
Alhamdulillah, rezeki lunch hour yang cukup mengenyangkan.
Selamat mencuba!
#resepimudah
#telurdadarbersayur
Selamat mencuba!
#resepimudah
#telurdadarbersayur
10 Ulasan
menarik menu selalu telur letak bawang jer. Baru baru ni pun ada yang letak bunga dalam telur dadar
BalasPadamAda jugak terbaca di timeline fb Fiza pasal telur dadar letak bunga kertas viral tu. Hehe... Yang tu memang tak beranilah nak mencuba... Sebab macam pelik je letak bunga. 😂
PadamIdea yg menarik.. letak terung goreng pun sedap dear...
BalasPadamO... Yeke? Nanti Fiza try letak terung pula. Thanks yer atas ideanya 😍
Padamnyum2 simple tapi makan ngan nasi panas2 sedap oo..
BalasPadamBetul tu, boleh sebabkan nasi bertambah jugak tu. 😂😂
Padamdone follow
BalasPadamTerima kasih saudara Etuza kerana sudi singgah dan follow blog Fiza.
Padamterima kasi singgah di laman Etuza ya
BalasPadamSama-sama 😊
PadamTerima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. 😊😆👏#budibahasabudayakita
fizalinolie@gmail.com