Drama Sang Pewaris Lakonan Ben Amir Dan Amyra Rosli TV3 - Assalamualaikum, Semalam masa layan drama cinta sekali lagi tertengok iklan drama sangat tanpa judul. Hint drama dia bagi adalah lakonan Amyra Rosli dan Ben Amir. Setahu Fiza, drama yang sedang berada pada minggu akhir minggu ni di slot lestary adalah drama Lelaki Lingkungan Cinta. Kebetulan masa scroll Instagram ada tertengok jugak info dari akaun dramasangat. 

Slot lestary terbaru 2020
Sumber dari Instagram Dramasangat

Rupanya drama terbaru yang bakal menggantikan Lelaki Lingkungan Cinta adalah berjudul Sang Pewaris. Drama tersebut akan mula bersiaran next week pada 26 November 2020, setiap hari Rabu hingga Jumaat, 9 malam di TV3.

Watak Pelakon

Antara barisan pelakon dan watak yang mereka pegang dalam drama tersebut adalah seperti berikut :-

Ben Amir sebagai Megat Amer / Megat Dali / Kudin
Amyra Rosli sebagai Zara Aireena
Zarynn Min sebagai Puan Sri Kamariah
Fizz Fairuz sebagai Dr. Mahfuz
Zamarul Hisham sebagai Mahmud
Ieda Moin sebagai Chesom
Acong Sweetchild sebagai Pak Kadir
Sheila Mambo sebagai Mak Bedah 
Zaefrul Nordin sebagai Tan Sri Megat Khairuddin
Harun Hashim sebagai Pak Samad
Wan Sharmila sebagai Malina
Fad Anuar sebagai Jamal
Mimi Ernida sebagai Zizi

SINOPSIS NOVEL SANG PEWARIS

Actually, drama tersebut merupakan adaptasi daripada sebuah novel berjudul 'Sang Pewaris' karya Fizziany. Ia mengisahkan tentang Ali yang dikejutkan dengan beberapa fakta mengenai dirinya dalam satu hari, di mana...
  1. Dia bukan Ali bin Ahmad, tetapi rupanya Tunku Ali Khairudin ibni Tunku Ahmad!
  2. Fakta kedua, dia mempunyai seorang abang kembar!
  3. Fakta ketiga, sangkanya dia cuma anak pungut, tetapi rupanya dia pernah diculik!
  4. Keluarga kandung sedang mencari dan menanti kepulangannya demi kelangsungan warisan keluarga.
Takut dengan kenyataan yang mendadak di depan mata, Ali enggan pulang meskipun puas dipujuk. Tetapi, sekeping gambar telah melunturkan pendiriannya. Dia pulang juga akhirnya.

Di saat majlis meraikan kepulangannya diatur, Ali menukar fikiran. Dia menghilangkan diri. Ali mengubah rupa dan menyamar sebagai tukang kebun lalu menyusup masuk ke dalam rumah keluarga kandungnya. Di situ, dia mula mengenali beberapa nama.

Tuan Haji Mahmud: Pengurus keluarga diraja yang terlalu setia sehingga menimbulkan curiga.

Tunku Kamariah: Sang Bonda yang suka menyendiri. Sikapnya terkadang bagai orang gila.

Tunku Ameer: Lelaki misteri yang sukar ditafsir budi pekerti.

Doktor Mahfuz: Doktor peribadi keluarga yang prihatin meski senyumnya dingin.

Che Som dan Pak Kadir: Tukang masak dan pemandu rasmi keluarga yang memiliki semua cerita tentang keluarga tersebut di dalam poket mereka.

Zara Aireena: Manis. Lembut. Jelita. Bergaya. Ops, itu luaran sahaja! Tetapi rupanya dia boleh tahan gila. Kalau tidak, takkan dikejarnya Ali dengan parang semata-mata marahkan Ali terpotong pokok bunga kesayangannya.

Konflik muncul satu demi satu. Misteri lama terurai perlahan-lahan. Luka lama kembali berdarah. Namun, tiada luka yang dapat menandingi luka di hati Ali bila terpaksa akur bahawa hatinya mula mencintai Zara Aireena, tetapi gadis itu pula merupakan tunang abang kembarnya! Adakah Cinta Ali diterima baik oleh Zara Aireena? - Sumber dari laman Myinfotaip

Sama-sama kita tunggu akan kemunculan mereka dalam 13 episod tayangan nya nanti. Okeh! First time tengok Ben Amir bergandingan dengan Amyra Rosli. Selalu tengok lakonan Amyra Rosli, memang tak pernah lagi mengecewakan. Harap-harap bila digandingkan dengan Ben Amir pun begitu jugak. Kekadang ada sesetengah drama, Jalan cerita best tapi gandingan pelakonnya pulak tak best. That why, tak semua drama menjadi pilihan Fiza.

REVIEW DARI PEMBACA NOVEL SANG PEWARIS

Slot lestary tv3

Walaubagaimana pun, Based on pendapat peribadi para pembaca novel tersebut, rata-rata memberi rate yang tinggi dan ini menunjukkan Jalan ceritanya menarik untuk dibaca. Lepas ni, mesti ramai yang nak beli novelnya kan. Fiza dah tengok dah harga novel Sang Pewaris ni di Shopee. Senaskah dijual dengan harga RM35. - Sumber dari laman goodreads

Apa-apa pun, nak tahu menarik atau tak. Sama-sama kita tunggu akan kemunculan drama tersebut nanti selepas berakhirnya drama lelaki lingkungan cinta.

Before Fiza akhiri entri kali ni, berikut sedikit ringkasan untuk keseluruhan drama Sang Pewaris.

JUDUL : SANG PEWARIS
EPISOD : 13
TARIKH TAYANGAN : 26 November 2020
WAKTU SIARAN : Rabu-Jumaat, 9:00 malam
SIARAN TV : Slot Lestary TV3
PENULIS SKRIP : Eenaz Mokhtar, Farah Alya Asari
PENGARAH : Eyra Rahman
PRODUKSI : Global Station Sdn Bhd
PELAKON : Ben Amir, Amyra Rosli, Zarynn Min, Fizz Fairuz, Zamarul Hisham, Ieda Moin, Acong Sweetchild, Sheila Mambo, Harun Hashim, Wan Sharmila, Fad Anuar, Mimi Ernida, Zaefrul Nordin

That it's. Have a nice day. Selamat menonton nanti ye.

#SangPewaris