Drama Beri Sedikit Waktu Episod 1-15 (Akhir) Lakonan Zara Zya dan Aqasha TV3

 

Drama Beri Sedikit Waktu Episod 1-15 (Akhir) Lakonan Zara Zya dan Aqasha TV3 - Assalamualaikum, malam ni  dah start drama terbaru di slot samarinda tv3 tau. Di bawah arahan Zamri Zakaria dan diterbitkan oleh Suhan Movies & Trading. Sebuah drama bersiri berjudul 'Beri Sedikit Waktu' lakonan Zara Zya Dan Aqasha. Ia merupakan drama yang akan menggantikan drama bersiri 'Hati Yang Tersakiti'.

Bila Zara Zya kembali muncul dan bergandingan dengan Aqasha, mesti best kan. Adakah mereka berdua punyai chemistry dalam drama ni? Sama-sama kita saksikan bermula malam ni, setiap Isnin hingga Khamis jam 10 malam semestinya di tv3.

Ringkasan Drama Bersiri Beri Sedikit Waktu

Berikut sedikit ringkasan mengenai drama beri sedikit waktu.

Drama : Beri Sedikit Waktu
Jumlah Episod : 15
Mula Tayangan  : 16 November 2020
Waktu Siaran : Isnin-Khamis, jam 10:00 malam
Siaran TV : Slot Samarinda TV3
Idea Asal : Insheera Nordin
Penulis Skrip : Sharifah Abu Saleem & Insheera Nordin
Pengarah : Zamri Zakaria
Produksi : Suhan Movies & Trading

Barisan Pelakon Dan Watak Di Dalam Drama Beri Sedikit Waktu

Selain Zara Zya dan Aqasha, terdapat pelakon lain seperti...

  1. Shahz Jaszle sebagai Farhan
  2. Farisha Irwayu sebagai Sofia
  3. Man Raja Lawak sebagai Nasir
  4. Rayyan Iman sebagai Lukman
  5. Ummar Dzariff sebagai Imran 
  6. Aryana Amani sebagai Sofea
  7. Ain Sufia sebagai Elly
  8. Atikah Suhaime
  9. Shyrim 
  10. Laila Nasir

Samarinda tv3 Nov 2020

Sinopsis Drama Beri Sedikit Waktu

Drama Beri Sedikit Waktu Mengisahkan Farhan (Shahz Jaszle) telah menceraikan Hananiyah iaitu Niya (Zara Zya) dengan talak satu dan bertindak keluar dari rumah pada suatu hari yang tidak dijangka. Farhan hanya memberi alasan bahawa dia sudah tidak boleh hidup bersama dengan Niya. 

Mereka berdua berkahwin pada usia yang muda. Hasil perkahwinan mereka telah dikurniakan seorang anak lelaki yang kini sudah berumur 5 tahun, Luqman. Farhan pulang ke rumah ibunya, Puan Faridah dan memberitahu kisah yang tidak benar. Pelbagai rekaan cerita diberikan oleh Farhan terhadap ibunya tentang Niya. Seperti biasa, Puan Faridah percayakan kata-kata anak kesayangannya itu. Hakikatnya, Farhan sudah bernikah dengan Haryani (Atikah Suhaime).

Niya tidak mampu menerima kenyataan tersebut dan rasa tertekan selepas diceraikan. Kehidupannya menjadi kacau bilau. Niya dan Luqman telah hilang tempat berteduh apabila dia menerima notis rumah itu bakal dilelong. Niya juga dikejar oleh pemiutang kerana Farhan suka berhutang, berfoya-foya dan berlagak seperti orang kaya. 

Setelah puas mencari kerja, Niya berkenalan dengan Sofia (Farisha Irwayu), kakak kepada Imran (Aqasha). Sofia menawarkan pekerjaan sebagai pembantu rumah Imran dengan gaji lumayan dan kontrak selama tiga bulan. Niya terpaksa melayan kerenah Imran yang cerewet dan cepat marah. Oleh kerana tiada tempat tinggal, Niya dan anaknya tinggal di bilik stor belakang rumah Imran tanpa disedari majikannya. 

Imran merupakan pesakit OCPD (Obsessive Compulsive Personality Disorder) yang cenderung kepada ‘perfectionist’ dalam mengatur kehidupan. Sekiranya sesuatu yang dirancang olehnya tidak menjadi, Imran akan cepat marah, sensitif dan panik. Ditambah pula dengan pengalaman pahit yang melihat ibunya selalu dipukul oleh bapanya waktu kecil, ia menambahkan lagi kelainan sifat yang ada pada Imran. Selain panik, Imran juga selalu berasa takut dan terlalu bergantung kepada kakaknya, Sofia untuk menghilangkan perasaan ketakutan itu. 

Kini, Niya berubah menjadi lebih cekal, berjiwa kental, tabah dan tidak mudah mengalah. Sifatnya juga mula menyentuh perasaan Imran. Imran menolak cinta daripada Myra kerana dia sudah mula menyayangi Niya dan Luqman. Imran juga sedar penyakitnya adalah penghalang cintanya kepada Niya. Jadi, dia mengambil inisiatif untuk menjalani rawatan rapi. 

Tiba-tiba, Farhan kembali dan merayu Niya untuk rujuk semula demi kebaikan Luqman. Niya serba salah untuk memilih Farhan atau Imran. Farhan menunjuk kesungguhannya demi menyakinkan Niya bahawa dia telah insaf. Farhan meminta duit modal perniagaan hampir sejuta ringgit daripada Niya. Sebenarnya, Farhan berhutang keliling pinggang dan pemiutang tanpa henti mencarinya. Farhan juga memaksa ibunya, Puan Faridah menjual harta untuk membayar hutang-hutangnya. Namun, Farhan tidak pernah serik dan dia tidak membayar hutang dengan duit tersebut. Apakah yang bakal berlaku selepas ini? Bagaimana pula dengan kesudahan cinta Niya dan Imran? Adakah Niya akan menerima Imran dengan hati yang terbuka? - Sumber - myinfotaip.com

Hurmmm... Macam best kan? Kebiasaannya la, kalau drama di bawah arahan Suhan Movies... Tak pernah lagi mengecewakan. Tu just pendapat Fiza jela ye.

OST Drama Beri Sedikit Waktu

Lirik Lagu Angkara

nyanyian Siti Nordiana
Aku bagaikan
Merpati di awan
Berkelana di langit tak pasti
Antara bulan

Terlihat jelas rahsia hati
Aku hanyut dibuai waktu
Gelap sepi tak pernah menyakiti
Biarlah aku bahagia begini

Biar…
Biar aku lepaskan jiwa yang kau tinggalkan
Biar aku bebas untuk selamanya
Habis punah semua rasa angkara dusta

Mengapa kau kembali merayuku
Aku pencinta
Ditimbus prasangka
Cukup sudah segala kepalsuan

Sampai waktunya
Ku harus teguh pertahan jiwa
Aku hanyut dibuai waktu
Gelap sepi tak pernah menyakiti

Biarlah aku bahagia begini
Biar…
Biar aku lepaskan jiwa yang kau tinggalkan
Biar aku bebas untuk selamanya
Habis punah semua rasa angkara dusta

Mengapa kau kembali merayuku
Ku bukan yang dulu
Terdiam dan kaku
Hanya berserah Mengenang takdir

Kini aku mampu berlari
Tiada yang menghalangi
(Menghalangi)
Tiada yang menghalangi
(Menghalangi)

Biar…
Biar aku lepaskan jiwa yang kau tinggalkan
Biar aku bebas untuk selamanya
Habis punah semua rasa angkara dusta
Mengapa kau kembali merayuku

Lirik Lagu Yang Terakhir

nyanyian Heedan Mohd

Ku terima segalanya yang di takdir
Aku yakin pasti ada yang terbaik
Munculnya bidadari penjaga hati
Kan menemaini hari hariku seterusnya

Walau engkau bukan yang pertama
Tiada yang lain lagi
Kembali dalam hidupku
Sayang dengarlah

Aku yakin kita kan bersama
Seperti waktu waktu aku yang dahulu
Karena aku tak kan melupakan kamu
Percayaku sempurna

Engkaulah cintaku kan hidup selamanya
Kan menemani hari-hariku seterusnya
Walau engkau bukan yang pertama
Tiada yang lain lagi kembali dalam hidupku
Sayang dengarlah…

Aku yakin kita kan bersama
Seperti waktu waktu aku yang dahulu
Karena aku tak kan melupakan kamu
Percayaku sempurna

Kau ulangkan apa ku lalui
Kau olah segala yang ku beri
Kau dustakan cinta, a a…

Aku yakin kita kan bersama
Seperti waktu waktu aku yang dahulu,
Karena aku tak kan melupakan kamu
Percayaku sempurna

Karena aku kita kan bersama
Seperti waktu waktu aku yang dahulu
Karena aku tak kan melupakan kamu
Percayaku sempurna

Walau engkau bukan yang prtama
Aku janji kaulah yang terakhir

Tonton Online Drama Beri Sedikit Waktu

Macam best kan drama ni. Tapi tu la, kekadang bila ada baby ni... Ada jugak masa tak boleh nak layan on time. That why Fiza suka update kat blog. Bila ada masa... Boleh layan. Tak perlu google satu-satu. 

Nak dijadikan cerita, dari masa ke masa Fiza akan update link drama ni untuk kita sama-sama tonton secara online. 

Episod 1

Episod 2

Episod 3

Episod 4

Episod 5


Post a Comment

5 Comments

  1. Macam best jak... nak follow tok belum tentu tapi kelak dpt nangga di youtube... hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nang jak, mun kamek drama lepas kul 10 selalu jak sik nangga. Mala nangga di youtube... Ya pun mun reviews orang nangga best. Baruk nangga. Lagik² dah ada Nur Dhia tok... Ada drama tertentu jak dapat follow on time. 😊

      Delete
  2. dah lama tak layan cerita mlm2. semalam layan juga cerita ni..best

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha'ah samalah kita. Tapi untuk first episod semalam, not bad. Best jugak jalan ceritanya.

      Delete

Terima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. 😊😆👏#budibahasabudayakita

fizalinolie@gmail.com