Drama Biar Mereka Cemburu Episod 1 Hingga 13 (Akhir) Bakal Menggantikan Perempuan Tanpa Dosa

Drama Biar Mereka Cemburu Full Episod. Gandingan Aiman Hakim Dan Nabila Razali | Minggu ini merupakan minggu akhir untuk drama perempuan tanpa dosa. Drama terbaru bertajuk 'Biar Mereka Cemburu' akan bersiaran selepasnya, mulai 1 Disember 2020. Semestinya di slot megadrama setiap Isnin hingga Khamis, Jam 10 malam di Astro Ria dan Ria HD. 

Drama biar mereka cemburu adalah merupakan adaptasi daripada novel karya A. Darwisy (Anuar Darwisy). Selain itu, drama ini juga merupakan gandingan pertama pelakon/penyanyi Aiman Hakim dan juga Nabila Razali. Mesti trending drama ni nanti kan. Siapa je tak minat Aiman Hakim. Lelaki macho yang pandai membawa watak. Betul tak?

Megadrama Disember 2020

PELAKON DRAMA BIAR MEREKA CEMBURU 

Selain Nabila Razali dan Aiman Hakim, terdapat jugak pelakon lain yang turut membintangi drama ni. Antaranya :-

Izzat Mushtaq sebagai Rostam
Rubini Sambanthan sebagai Marsha
Aedy Ashraf sebagai Fetri
Bella Dowanna sebagai Nabila
Hasmira Azmi sebagai Sofea
Syahir Shafein sebagai Reza
Adam Malek sebagai Nabil
Shah Rezza sebagai Tengku Alauddin
Mas Anizan sebagai Engku Zulaikha

SINOPSIS BIAR MEREKA CEMBURU

Drama bergenre komedi romantik, 13 episod arahan oleh MP Roslin Sharif dan diterbitkan oleh Global Station Sdn Bhd ni mengisahkan tentang Nadia, satu-satunya konduktor bas di KL ini yang kalau dirapikan penampilannya, pakai cantik-cantik, agaknya berduyun-duyun lelaki yang jatuh cinta. Tetapi dalam kesederhanaannya itu jugalah, dia masih berjaya menambat hati dua orang jejaka. Seorang pemandu bas dan seorang lagi anak tengku. Dia keliru. Hendak memilih cinta yang mana satu sedangkan hendak bercinta pun dia tidak tahu!

Rostam, pemandu bas yang malu tapi mahu orangnya. Punyalah berat mulut hendak meluahkan perasaan kepada konduktor basnya sendiri. Apabila datang kekuatan dalam diri untuk berterus-terang, datang pula pesaing yang membuatkan dirinya rasa tercabar. Dia perlu cepat melafazkan kata-kata cinta tetapi sempatkah dia? Tapi jangan tak tahu, dia juga ada peminat fanatiknya sendiri. Tiap-tiap hari mengajaknya kahwin! Perempuan berani mati yang sanggup terjun bas apabila dia menolak cinta perempuan itu.

Iedil, anak tengku, lelaki yang punya segala-galanya. Termasuklah kekasih hati. Tetapi entah bagaimana, boleh pula dia berkenan dengan konduktor bas seorang ini. Sampai sanggup naik bas tiap-tiap hari ke tempat kerja semata-mata mahu berjumpa dengan si konduktor cantik ini. Tapi bukan senang! Sebab dia kan sudah ada kekasih hati.

Di sana menanti, di sini menunggu. Di kota Paris, Nadia membuat istikharah. 

Baca Online Novel Biar Mereka Cemburu Bab 1 - Bab 15

Daripada sinopsis di atas, macam best je kan jalan ceritanya. 

Tapi, Selalunya kan. Bila tak sabar nak tahu kesudahan ataupun jalan cerita sesuatu drama tu, mesti kita akan tercari-cari jugak novel online. Betul tak? 

Untuk drama biar mereka cemburu, berikut adalah link yang boleh dirujuk untuk membaca novelnya secara online. Happy readings ok!


Tonton Online Drama Biar Mereka Cemburu

Ok! Untuk menonton secara online pulak, In Shaa Allah nanti Fiza akan update url video drama ni dari semasa ke semasa ok. Just klik pada link di bawah ye.

Episod 1 | Episod 2 | Episod 3 | Episod 4 | Episod 5 | Episod 6 | Episod 7 | Episod 8 | Episod 9 | Episod 10 | Episod 11 | Episod 12 | Episod 13

TAJUK DRAMA : BIAR MEREKA CEMBURU
EPISOD : 13
TARIKH TAYANGAN : 1 Disember 2020
WAKTU SIARAN : Isnin-Khamis, 10:00 malam
SIARAN TV : Megadrama (Astro Ria)
PENULIS NOVEL : Anuar Darwisy
PENGARAH : Roslin Sharif
PRODUKSI : Global Station Sdn Bhd

Apa-apa pun, best ke tak drama ni. Kenalah tunggu masa tayangannya nanti pada 1 Disember 2020. Ok! 

#BiarMerekaCemburu
#MegadramaTerbaruDisember2020

Kredit : Myinfotaip | Portalilham

Catat Ulasan

1 Ulasan

Terima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. 😊😆👏#budibahasabudayakita

fizalinolie@gmail.com