NASI GORENG SARDIN SMILING FISH

Assalamualaikum.

Seminggu tak update blog dan ada jugak job untuk blog terpaksa ditolak gara-gara Nur Dhia demam . It's ok. Famili semestinya diutamakan. Duit boleh dicari kan. Bila anak dah sihat. Dorang pun dah tidur. Apalagi, cepat-cepat capai laptop. Rindu nak menaip. Hehe

Korang apa khabar?

NASI GORENG SARDIN SMILING FISH

Malam ni Fiza nak share menu dinner tadi. Menu paling simple. Nasi goreng sardin smiling fish. Kak Alia dan Kak Ain request. Then, encik suami pulak sejenis yang tak memilih. So, menu malam ni nasi goreng smiling fish, ikan kembung goreng dan kacang panjang tumis. Alhamdulillah, untuk rezeki malam ni.

Resepi
#SardinSmilingFish

Korang pernah makan sardin smiling fish tak?. Actually, ia adalah produk makanan dari negeri Sarawak. Rasanya sekarang dah ada dah individu yang menjualnya di Shoppee.

Ok! Nak share jugaklah resepi nasi goreng tersebut. Kot-kotlah ada yang teringin nak mencuba membuatnya.

First things first, antara bahan yang diperlukan untuk membuat nasi goreng ni adalah seperti berikut :-
  1. Satu tin sardin smiling fish
  2. nasi bergantung jumlah famili yang nak makan
  3. bawang merah dan bawang putih ditumbuk halus
  4. If suka pedas letak cili. Tapi Fiza tak letak sebab sardin smiling fish memang dah sedia pedas
  5. kacang panjang dipotong halus
  6. sebiji telur
  7. sebiji bawang holland dihiris halus
  8. Maggie secukup rasa dan
  9. Minyak untuk menumis

CARA MEMBUAT NASI GORENG SARDIN SMILING FISH

Ok! Untuk cara membuatnya pulak...

Pertama, panaskan minyak. Masukkan bawang yang telah ditumbuk. Pecahkan telur dan masukkan bawang holland dan kacang panjang.

Masukkan sardin dan nasi. Gaul sampai rata dan perasakan dengan maggie secukup rasa.

Mudahkan!

Resepi
#NasiGorengSardin

Hidang panas-panas, minum pulak dengan kopi. Pergh! Nikmat apalagi nak didustakan... Kan? Alhamdulillah... Semua bertambah-tambah pulak nasi goreng malam ni.

Hehe...

Actually, dah lama Fiza tak buatkan dorang nasi goreng. That why jugaklah dorang makan bertambah-tambah. Tapi, serius... Sedap! tak sangka pulak, masak campak-campak ikut naluri pun sodapppp...

Korang pernah buat nasi goreng sardin? Tak kisahla guna sardin apa? Jom Share... Mana tau nanti Fiza boleh cuba resepi nasi goreng sardin korang pulak.

Post a Comment

2 Comments

  1. Pernah, tp anak² kmk x suka... sidak suka gik mkn sardin smiling fish tok dgn nasik putih ajak atau nasik bubur... tp nak sardin tok dh x pedas dah mcm dolok²

    Kmk ada ceta psl sardin smiling fish tok.. masa laki kmk keja di putrajaya dolok mun ke sinun ada lah ngembak stok sardin tok... sidak miak umh sewanya nang suka gila sardin tok... sampei nektok mintak pos indah sardin smling fish tok tedah

    ReplyDelete

Terima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. 😊😆👏#budibahasabudayakita

fizalinolie@gmail.com