Perempuan Tanpa Dosa | Sesekali update pasal sinopsis megadrama apa salahnya... Kan? Actually,  drama perempuan tanpa dosa adalah megadrama terbaru yang bakal menggantikan bidadari kiriman Tuhan. Ia akan mula bersiaran pada 6 Oktober nanti. That means, ada seminggu lagila drama bidadari kiriman Tuhan akan bersiaran. 

Selain itu, berdasarkan sumber... Drama perempuan tanpa dosa jugak merupakan adaptasi daripada novel Perempuan Tanpa Dosa karya Fatinilam Sari Ahmad.

Barisan Pelakon Dalam Megadrama Perempuan Tanpa Dosa

Antara para pelakon yang memegang watak dalam drama tersebut juga adalah seperti berikut :-

Kamal Adli sebagai Rizal
Uqasha Senrose sebagai Lily
Uyaina Arshad sebagai Usu Sakinah
Yusuf Bahrin sebagai Rahman
Hilal Azman sebagai Datuk Majid
Shaza Bae sebagai Yaya
Zac Zaky sebagai Eddie

Sinopsis Megadrama Perempuan Tanpa Dosa Astro Ria

Berdasarkan sumber jugak... Megadrama perempuan tanpa dosa adalah kisah di mana... Demi maruah, Datuk Majid terpaksa mengahwinkan anak tunggalnya, Lily dengan Rizal dan Rizal hanya akan melepaskan Lily sebaik saja Lily selamat melahirkan anak yang dikandungkannya. Sebagai imbuhan, Rizal meminta sejumlah wang dan dengan wang tersebut dia membina hidup di kampung halamannya. Saat perasaan sayang dan kasih Lily pada Rizal mula bercambah, Eddie datang semula untuk merebut kasih Lily dan juga anak di dalam kandungannya. Walaupun pada mulanya, Lily tekad memilih untuk terus bersama Rizal tetapi perasaannya menjadi berbelah bagi tatkala dia mengetahui akan hubungan Rizal dengan Usu Sakinah. Lalu dia pergi membawa diri dan anaknya pulang ke Kuala Lumpur. Menyedari keadaan Lily dan Rizal, Usu Sakinah telah menguburkan harapannya terhadap Rizal lalu menerima pinangan Rahman. Ketika ketiadaan Lily, Rizal benar-benar merasa kehilangan dan kerinduan dan menyedari bahawa dia telah mula menyayangi Lily dan cuba memujuk Lily kembali ke pangkuannya. Berjayakah Rizal memujuk Lily untuk bersama dengannya kembali?

Reviews Daripada Pembaca Novel Perempuan Tanpa Dosa


Manakala best on reviews yang telah dibuat oleh pembaca novel tersebut, walaupun novelnya nipis... Tapi isinya mampu memikat hati para pembaca. 

Macam best. Kan? 

In Shaa Allah, if ada kelapangan... Bolehla menonton nanti. 

Ringkasan Info Mengenai Megadrama Perempuan Tanpa Dosa Lakonan Kamal Adli dan Uqasha Senrose

EPISOD : 28
TARIKH TAYANGAN : 6 Oktober 2020
SIARAN TV : Slot MegaDrama (Astro Ria & Ria HD)
PENULIS NOVEL : Fatinilam Sari Ahmad
PENGARAH : Michael Ang
PRODUKSI : Juita Viden Sdn Bhd
PELAKON : Kamal Adli, Uqasha Senrose, Uyaina Arshad, Hilal Azman, Yusof Yusuf Bahrin, Zac Zaky, Susan Manen, Shaza Bae

Sumber : Myinfotaip

#megadramaastroria
#megadramaterbaru
#megadramaoktober2020
#perempuantanpadosa