Lagu Terbaru Siapa Tak Mahu

Assalamualaikum. 

Selamat petang. Lepas tidurkan Dhia. Fiza layan facebook kejap. Scroll punya scroll, ternampak ramai friendlist share video lagu terbaru Dato' Sri Siti Nurhaliza yang berjudul siapa tak mahu. Kemudian, di twitter pun trending dengan #SiapaTakMahu.

Macam best. Tengok kawan share ada yang tahu kewujudan lagu ni lebih awal lagi. Hurmmm... Nampak sungguh Fiza ketinggalan. Tapi takpe, cepat atau lambat... Yang penting, Fiza suka lagu ni. Bait² ayatnya sungguh mendalam maksudnya... 

Jom... Kita tengok satu persatu lirik lagunya... 

LIRIK LAGU SIAPA TAK MAHU

Penyanyi : Dato' Sri Siti Nurhaliza
Komposer : John Jeevasingam/ Ikhwan Fatanna/ Omar K
Lirik : John Jeevasingam/ Ikhwan Fatanna/ Omar K
Kata orang
Kalau dah sayang
Jangan kau mudah
Nak naik berang
Dalam cinta
Kena berjaga
Jangan kau mudah
Ingin buruk sangka
Tanya sama hati, apalah yang dicari
Nanti jawab hati, hanya cinta abadi
Chorus
Siapa yang tak mahu
Sayang disulam rindu
Cinta bagaikan bulan madu di setiap waktu
Siapa yang tak mahu
Dicintai selalu
Seperti purnama jatuh ke ribaku
Teman sekalbu
Siapa tak mahu
Kata orang
Kalau nak senang
Jangan berkira
Dengan pasangan
Salah faham
Jangan diundang
Luahkan kata
Jujurlah caranya
Tanya sama hati, apalah yang dicari
Nanti jawab hati, hanya cinta abadi
Ulang Chorus
Bulat air kerana pembentung
Bulat sayang kerana disanjung
Baik acuan, cantik kuihnya
Baik budi begitulah kasihnya
Ulang Chorus

Yes! Betul la... Siapa yang tak mahukan kebahagiaan dalam sesuatu hubungan bukan. Namun, setiap daripada kita... Ada bahagian masing-masing. Tapi, kebahagiaan itu boleh dicipta dengan cara kita sendiri... Apa yang penting kena ada kesefahaman, kejujuran dan kesetiaan dalam hubungan. Paling penting... DOA. Tanpa Sang pencipta, siapalah kita. 

VIDEO KLIP LAGU SIAPA TAK MAHU


Sumber : Astro Awani

#SiapaTakMahu

Post a Comment

2 Comments

Terima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. #budibahasabudayakita

fizalinolie@gmail.com