ADA YANG NGIKUT DI ASTRO CITRA DAN CITRA HD

Assalamualaikum. 

Simple update. Last week, 3 Dukun Santet,  kan? Weekend ni... Sabtu,  24 Oktober 2020. Ada satu lagi telefilem seram tau di Astro Citra dan Citra HD, jam 9 malam... Berjudul Ada yang ngikut. 

Telefilem sabtu astro citra
#AdaYangNgikut

SINOPSIS ADA YANG NGIKUT

Berdasarkan sumber, telefilem ini mengisahkan tentang misteri kematian sorang pelajar di dalam tangki kolej setelah teruk dibuli. Imran seorang pelajar yang pendiam dibuli sehingga melecur teruk oleh Baktiar & Adi setelah dituduh mencuri handphone di kolej mereka. Tekanan dan kemurungan Imran membuka ruang buat “sesuatu” untuk masuk ke dalam dirinya untuk membalas dendam.

Kredit : Myinfotaip

PELAKON TELEFILEM ADA YANG NGIKUT

Antara barisan pelakon yang memegang watak dalam telefilem ini adalah seperti Chubb-e, Raja Syahiran, Afiq Rahem, Haziq Fadhullah, Syazlin Zainal, Haeriyanto Hassan dan Rashid Zainol.

TRAILER TELEFILEM ADA YANG NGIKUT

Then, berikut ada sedikit sedutan scene dalam cerita ni. 

Seram kan? 

Teringat pulak Fiza kisah budak di kolej Fiza dulu. Terjun dari tingkat 3 gara-gara putus cinta. Satu kolej 'ngutik' masa tu. 

Menjelang malam je... Mesti takut nak keluar kolej. Nasib baik tandas dalam bilik. Kalau tak... Memang tak kencing malam-malam dibuatnya. Tapi, lama-lama hilang jugak kisah tu... Takdelah lama sangat seramnye. 

Lepas tu, di UNIMAS pulak... Memang ada satu tasik tu... Seram. Zaman Fiza study dulu... Ada budak bunuh diri terjun atas jambatan kat tasik tu... Gara-gara stress. Fuh! Bertambah-tambah 'ngutik' kat situ. Fiza tak ada jugaklah mengalaminya... Tapi, dengar dari member yang tinggal di kolej kediaman area situ... Malam-malam siapa yang stay sampai pagi study tu... Memang! Akan ada yang nampak lembaga kat tasik tu. 

Korang pernah lalui tak, kisah-kisah macam ni masa study dulu?


Post a Comment

3 Comments

  1. bukan di jambatan cinta kh di unimas ya? hehehe... kmk so far zaman study xda ceta seram.. hihihi... ms sekolah agiklah sbb miak harian.. mun hostel tek nang tauk byk ceta

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kinek kali jadi jambatan cinta. Time kamek dolok dalam tahun 2010, nang takut nak nait jambatan rah tasik ya malam²... Sanggup tawaf keliling tasik... Even Fakulti FIT sik jauh dari kolej bunga raya mun makey jambatan ya. Ni gaya mun dah takut.

      Sama juak, sekolah menengah sikda tinggal di hostel. So, sikda cita seram gilak.

      Delete
  2. Chubb-e dah berlakon pulak ye.
    Mesti Imran balas dendam kaw kaw pembuli dia tu kan. Seram pun ada kalau rasuk merasuk ni

    ReplyDelete

Terima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. 😊😆👏#budibahasabudayakita

fizalinolie@gmail.com