Telefilem 3 Dukun Santet Di Astro Citra

Telefilem 3 Dukun Santet, 17 Oktober 2020 - Assalamualaikum. Simple update for today. For those yang meminati cerita seram, Sabtu ni... 17 Oktober 2020, satu lagi drama seram berjudul 3 dukun santet akan ditayangkan di Astro Citra pada jam 9 malam. Sebuah cerita seram yang diadaptasi daripada kisah benar tau. 

Actually, Santet bermaksud keupayaan seseorang untuk mencelakai orang lain dari jarak jauh dengan menggunakan ilmu hitam.[1] Biasanya santet sering dilakukan orang yang mempunyai dendam karena sakit hati kepada orang lain. Santet dapat dilakukan sendiri maupun dengan bantuan seorang dukun.

 Sumberwikipedia

That it's. 

SINOPSIS 3 DUKUN SANTET

Berdasarkan sumber, 3 dukun santet mengisahkan tentang Emma, Epul dan Syasha. Tiga orang sahabat yang begitu rapat sejak di bangku sekolah lagi. 

Mereka telah diganggu dengan teruk ketika usaha mereka untuk membuka sebuah kafe makan dan studio persembahan kebudayaan. 

Terlefilem seram astro citra

3 dukun telah mengerjakan mereka sehingga mereka sakit dan hampir gagal dalam memulakan perniagaan mereka. 

Siapakah punya angkara? Apakah sebabnya? Adakah mereka bertiga sendiri yang melakukannya sesama sendiri? Al-maklumlah, kekadang bila berkongsi bisnes... Masing-masing nak berkuasa, tak sama pendapat ke? Atau tempat yang mereka pilih untuk menjadi lokasi perniagaan mereka mempunyai misterinya yang tersendiri. 

Apa-apa pun... Itu sekadar apa yang Fiza fikirkan. Nak tahu... Kenalah tunggu siarannya pada malam esok ok! 

Macam menarik kan?

PELAKON DALAM 3 DUKUN SANTET

Oh! Ya, antara barisan pelakon yang membarisi lakonan di dalam 3 Dukun Santet adalah seperti Isyariana, Zahiril Adzim, Dayang Areeda, Umie Aida, Maria Farida, Zulhusni Zamir, Kween Keela dan Silfeny Osman.

Before Fiza akhiri entri ini, berikut ada sedikit sedutan beberapa scene di dalam drama tersebut. 


Seram tak? 

Sumber gambar dan sinopsis : Myinfotaip

Post a Comment

2 Comments

  1. Okay boleh tengok nanti. 2 pelakon yang dah lama tak berlakon tu. Dukun tu mesti Umie Aida.

    ReplyDelete
  2. tengok trailler dia macam best..pelakon pun best..3 dukun santet ni 3 dukun cantik ke hehe

    ReplyDelete

Terima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. #budibahasabudayakita

fizalinolie@gmail.com