Bersalin Ketika Perintah Kawalan Pergerakan Dilaksanakan

Bersalin Ketika Perintah Kawalan Pergerakan Dilaksanakan | Assalamualaikum, hai... Korang apa khabar? Fiza Alhamdulillah, sihat. Cuma tak berkesempatan je nak updated blog. 

Actually, Fiza dah pun selamat melahirkan baby girl secara normal pada 20/3 haritu... Di mana,  hari Jumaat pertama umat Islam di Malaysia tidak dibenarkan menunaikan solat Jumaat... Kesan daripada penularan virus Convid-19... Hari kedua MCO dilaksanakan. Sedih sangat... Bayangkan... 

18 Mac 2020
Jam 11 malam Fiza ke hospital berdekatan sebab dah keluar tanda lendir dan darah fresh setompok. Fiza ditemani adik lelaki dan encik suami. Anak² Fiza tinggalkan di rumah mak. Sampai je di ward bersalin, nurse check apa yang patut... Bukaan baru 1cm. So Fiza kena warded. 

Bila Fiza warded, encik suami dan adik kena balik. Family lansung tak dibenarkan datang melawat. Nak hantar barang pun... Kena melalui guard. Nanti mereka yang akan hantarkan ke wad. Menunggu lah Fiza di wad tanpa sebarang kontraksi. 

Pada 19 Mac 2020
Still relax lagi. Lepas mandi Dr.  Check bukaan dan buat ctg untuk baby. 2cm dah... Takde rasa lagi masa ni. Nurse pun asyik cakap baby tak engaged lagi. Dah sudah... Apa lagi, Fiza ambik peluang yang ada... Pulun tidur memanjang. 

Sampaila 12 malam, nurse check... Lansung takde contraction. Hurmmm... Dah 20/3... Memandangkan takde kontraksi, Fiza sambung la tidur. 

Tiba² tengah syok tidur... Jam 3 lebih pagi gitu, start kontraksi yang kuat... Cepat² Fiza makan 7 biji kurma sambil baca doa Nabi Yunus... Alhamdulillah, urusan Fiza dipermudahkan... Tepat 4.45 pagi sebelum subuh... Lahirlah seorang lagi zuriat kami. 

Gambar 2020

Sepatutnya boleh balik dah tengahari... Hari yang sama. Tapi tula, Fiza kan gdm on diet masa pregnant. So, dorang nak monitor tahap gula dalam darah baby pulak. Nasib baik normal... 

Alhamdulillah, 21hb... Fiza dah boleh discharge dah. Maka bermulalah episod berpantang Fiza. Tapi, lain entri Fiza akan share ye. 

Pada Fiza, sesiapa yang nak bersalin dalam tahun ni... Kena kenalpasti awal² kat mana nak bersalin. Keperluan seperti pakaian kena lengkap... Fiza tak pastila waktu PKPP ni, adakah prosedurnya sama. Tapi, bagi Fiza... Better siap sedia awal². Kot² lah ye still tak boleh ditemani suami lagi. Mana tau kan... 

Rasanya cukup dulu entri warming up. Hehe.... In Shaa Allah, nanti Fiza updated lagi. 

Post a Comment

11 Comments

  1. Better siap sedia awal² apa2 jadi pun, kita dah senang dan dah bersiap sedia. lagi2 musim covid ni kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup! Betul tu. Jiwa kena kental bila bersalin musim convid ni.

      Delete
  2. Tahniah!...selamat berpantang

    ReplyDelete
  3. kiut.. semoga dipermudahkan segala urusan..

    ReplyDelete
  4. Replies
    1. Tedah... Alu sik berkesempatan kmk nak join. Sorry ejulz.

      Delete
  5. Alhamdulillah.. mala kmk ngipak blog ktk x juak ada update... nang sedih oo beranak time pkp tok... laki xpat neman... time ya ktk ada kena swap x sblm admit? time gik awal pkp ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedih juak masa ya nahan sulak sorang². Ni gaya... Bertabah jaklah. Hehe... Tedah salu ngipak blog kamek. Makseh sudi baca post kmk.

      Alhamdulillah, maybe gik awal masa ya. So, kamek sikda kenak swab pun masa ya.

      Delete
  6. Alhamdulillah..selamat semuanya. Comelnya baby kak.

    ReplyDelete

Terima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. #budibahasabudayakita

fizalinolie@gmail.com