Baby Kailan Masak Sos Tiram

Baby Kailan Masak Sos Tiram
- Assalamualaikum, hai... Alhamdulillah, harini kandungan Fiza genap 36 Minggu. Rasa berdebar dan excited tu mulai bertapak di sanubari. Ya Allah... Permudahkanlah urusan hambaMU ini Ya Allah. Aamiin...

Doakan untuk Fiza jugak ye...

Bila perasaan dah bercampurbaur... Selalunya Fiza akan cuba menyibukkan diri. Lepas kemaskan keperluan bersalin... Tetiba rasa rindu pulak nak share cerita di blog. Hehe...

Korang pernah tak makan di Singapore Chicken Rice?. SCR adalah antara tempat makan yang famous jugak di Kuching. Menu paling Fiza suka kat situ adalah sayur baby kailan sos tiram dengan nasi ayam masak stim. Bila dah suka makan... Confirm! Fiza akan try buat sendiri menu tersebut... Terutamanya menu baby kailan masak sos tiram.

Baby kailan masak sos tiram

Resepi Baby Kailan Masak Sos Tiram Cara Fiza

So, entri kali ni automatik Fiza nak share cara nak buat sayur baby kailan letak sos tiram macam SCR. Tapi takdela 100% rasanya seperti di SCR... Namun, ia memenuhi citarasa sendiri. In Shaa Allah... Dijamin sedap. Hehe...

Ok! Untuk bahan... Kena ada
Sayur baby kailan. Fiza guna sebungkus.
Then, bawang putih cincang halus... Fiza letak 5 biji
Cili dihiris halus... Yang ni tak letak pun takpe
Sos tiram 3 sudu teh. If nak lagi rasa... Boleh add-on sendiri
Sedikit perencah maggie secukup rasa
Bawang goreng... Tak nak letak pun takpe
Dua sudu tepung jagung
Minyak untuk menumis
Dan air

Cara membuatnya pulak...
Cuci bersih sayur kailan. Biasanya Fiza rendam kejap dengan air garam. Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih dan cili. Bila dah naik bau... Masukkan air dan sos tiram. Pekatkan kuah dengan dua sudu tepung jagung. Pekenakan rasa dengan sedikit perencah maggie secukup rasa. Then, celurkan sayur baby kailan. Masukkan dalam pinggan... Tuangkan kuah sos tiram yang telah masak. Last sekali taburkan dengan bawang goreng. Pergh... Sedap bila makan dengan nasi panas. Alia dan Ain pun suka.

That it's... Sangat mudah kan?

Selamat mencuba.

Post a Comment

5 Comments

  1. sedap ni! dh lama xmakan..
    asyik mkn sawi je skrg.. haha

    ReplyDelete
  2. semoga segala urusan fiza bersalin akan dipermudahkan oleh Allah Taala. aamiin

    ReplyDelete
  3. waalaikumussalam. my feveret baby kailan jugak ^_^

    ReplyDelete
  4. Terima kasih share resepi. Nampak sedap sangat hehe. Apepun semoga dipermudahkan urusan bersalin kak. Saya baru je bersalin 28/02/2020 haritu. Hehe

    ReplyDelete

Terima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. #budibahasabudayakita

fizalinolie@gmail.com