Seadanya Aku, Drama Terbaru Selepas Adellea Sofea - Assalamualaikum, hai... Selamat petang semua. Korang tengah buat apa? Fiza pulak sambil update blog, sambil makan buah jambu batu. Alhamdulillah, bila every weeks dapat makan buah jambu batu... Hb pun dah naik cantik... Baru-baru ni pergi checkup... Naik lagi sebanyak 12.2 g/dl.

Ok! Nanti Fiza share yer pasal pregnancy Fiza. Lama tak berkongsi cerita mengenainya. Hehe. Tapi, harini seperti biasa... Bila ada drama terbaru akan ditayangkan... Fiza akan kongsikan mengenainya di sini... Yelah! Fiza sejenis yang suka kumpul sinopsis drama. If sinopsisnya menarik... Ada masa, bolehla layan.

Untuk makluman korang... Nanti, setelah akasia Adellea Sofea tamat pada 14 Januari... Drama terbaru berjudul seadanya aku akan mula ditayangkan pada 15 Januari 2020 untuk menggantikannya.

Seadanya aku

Sinopsis Drama Seadanya Aku TV3

Berdasarkan sumber, drama seadanya aku merupakan drama adaptasi novel... Hasil karya Rissa Ahdiya. Ia mengisahkan tentang Aufiya. Segalanya seakan hancur buat Aufiya. Disaat hari perkahwinan, tunangnya Taufik tidak hadir kerana tidak boleh menerima kisah silam Aufiya. Janji Taufik untuk menerima dirinya seadanya dia, hanya tinggal janji.

Namun muncul Zarul yang menawarkan diri sebagai pengganti menyelamatkan maruahnya di hari pernikahan itu. Aufiya menerima bantuan Zarul walaupun rasa bersalah kerana lelaki itu merupakan tunang kepada Wina yang juga sahabat baiknya.

Perkahwinan itu tidak mampu Aufiya khabarkan hatta kepada kawan-kawan baiknya sendiri kerana yang menjadi suaminya itu hanyalah sekadar pinjaman. Pinjaman seorang sahabat yang dikhianatinya dalam diam.

Hati Aufiya mula berdolak-dalik, antara suami dan sahabat yang dikasihi. Sikap Zarul yang melindungi dan menerima dia seadanya tanpa sebarang syarat mula membuatkan hatinya terbuai. Tapi Wina itu sahabatnya yang paling baik. Melukakan Wina umpama melukakan hatinya sendiri.

Aufiya bersahabat baik dengan Wina dan Zureen sejak zaman sekolah lagi dan sampai ke alam pekerjaan mereka masih bersama dan tinggal bersama. Namun tanpa disedari wujud perasaan cemburu antara mereka.

Adakah Aufiya meneruskan perkahwinannya? Atau membiarkan Wina kecewa?

Siapakah Pelakon Yang Memegang Watak-Watak Di Dalam Drama Seadanya Aku

Setelah melihat sinopsis, sudah pastinya kita jugak ingin mengetahui siapakan pelakon yang memegang setiap watak di dalam dramanya. Betul tak? Ok! based on sumber, berikut adalah senarai watak dan pelakon untuk drama tersebut...

Zara Zya sebagai Aufiya
Azlee Khairi sebagai Zarul
Elvina Mohamad sebagai Wina 
Dayana Roza sebagai Zureen
Redza Rosli sebagai Taufik
Sharifah Husna sebagai Eliza
Fadlan Hazim sebagai Hadi

Baca sinopsis, macam menarik je jalan ceritanya kan... Cuma tu la, banyak sangat drama yang berkisar tentang cinta dan rumahtangga sekarang ni... Macam malas je nak layan. Drama Adellea Sofea pun, Fiza jarang dah nak layan. Macam boring pun ada... Walaupun aktor utamanya adalah Mira Filzah... 

Hurmm... Tak taula kalau drama ni nanti... Baca reviews yang pembaca novelnya buat di goodreads, ramai yang kata seadanya aku...  Best. Best ke tak... Kenalah tunggu dan lihat sendiri nanti... Set the date ok. Bermula 15 Januari 2020, semestinya di slot akasia, tv3. Setiap Isnin hingga Jumaat... Pukul 7 malam. 

Korang layan tak Adellea Sofea?

Sumber : Myinfotaip