HB Naik, Tapi Nadi Laju Semasa Mengandung?

HB Naik Lagi Dalam Masa 2 Minggu Dan Bagaimana Pula Dengan Nadi Laju - Assalamualaikum, hai... Selamat petang semua. Lama jugak Fiza tak share pregnancy Fiza kali ni. Alhamdulillah... Now, Fiza dah masuk trimester 3. So far, stil GDM on diet... Nadi still laju. Tapi, untuk HB... So far so good. Semakin naik setiap dua minggu. Syukur sangat-sangat. Last weeks punya result adalah 12.2 g/dl.

Hb naik dengan cepat

Apakah Rahsia Untuk Naikkan HB Setiap 2 Minggu Dengan Cepat

Ok! Apa yang Fiza amalkan...

#1. Makan Ubat - Fiza memang dari awal pregnant masa daftar buku pink lagi dah dibekalkan ubat zincofer... Di mana ia perlu di makan dua biji sehari. Dulu... Mula-mula ambik zincofer, Fiza makan belah pagi sebiji SELEPAS sarapan pagi jam 8. Then, sebiji lagi jam 8 malam. Sampai masuk 5 bulan tau usia kandungan Fiza, lansung tak naik-naik. Statik 10.6 g/dl. Padahal every week bantai makan hati ayam masak kicap. Sampaikan nurse tulis di muka hadapan buku pink Fiza... Rendah HB. Mengaku jugaklah... Time tu, ada masa Fiza derhaka. Minum teh, kopi... Lepas tu pulak makan junk food. Hurmmm... Mana nak naikla kan.

 Baca Juga  : Cara buat Hati Ayam Menjadi Sedap

Disebabkan tak naik-naik... Fiza nekad, tolak semua minuman berkafien. Sebaliknya bertukar kepada holick. Begitu jugak dengan junk food. Totally, tolak terus. Then, Fiza jugak ubah cara makan ubatnya. Just belah pagi jelah... Makan sebiji SEBELUM sarapan. Walaupun agak mual. Tapi, Fiza tetap teruskan.

Alhamdulillah masuk 22 minggu... HB Fiza naik ke 11.1 gd/1. Wah! Eksperimen Fiza menjadi... Dan last week punya result... Naik lagi kepada 12.2 g/dl. Syukur sangat-sangat.

#2. Jambu Batu Dan Ikan Bilis - Bila hati ayam tidak mendatangkan kesan. Fiza try pulak amalkan jambu batu dan ikan bilis. Alhamdulillah, sampai sekarang Fiza amalkan. Selalunya, ikan bilis Fiza buat sambal atau goreng kosong je. Nanti... Nak try cari koleksi menu ikan bilis. Bolehla pelbagaikan resepinya. Kan! :-)

Tu... Kisah HB. Kisah nadi laju pulak...

2 Januari 2020, Fiza ada temujanji dengan doktor pakar O&G di Sri Aman untuk follow up masalah nadi laju dan jugak nak tengok perkembangan baby macam mana.

Nadi laju semasa mengandung

Seperti biasa, kenalah scanning. Alhamdulillah... Baby membesar mengikut usia kandungan. Ada jugak Fiza bertanyakan jantina baby. Korang rasa, baby boy ke girl?

Yang tu... Nanti Fiza kongsikan. Okey...

Pasal nadi laju pulak... Still sama. Tetap laju. Cuma doktor kata ada jugak orang lain yang alami benda sama... Mungkin disebabkan perubahan hormon semasa mengandung... Pendek kata, pembawakan budakla. Namun itu cuma andaian sahaja. Nak tahu lebih lanjut, Fiza kena buat Eco dan scanning jantung dulu barulah dorang boleh buat keputusan. So, 27 dan 28 nanti... In Shaa Allah, Fiza akan ke IJN Samarahan. Harap-harap takde apa yang seriusla kan. Doakan untuk Fiza ye, agar semuanya dipermudahkan. Aamiin...

Tu je kot untuk kisah kali ni...

Terima kasih...

Post a Comment

2 Comments

  1. waalaikumussalam. alhamdulillah. tahniah untuk hb naik. pasni nak try jugak lah bila pregnen :D

    ReplyDelete
  2. Hai, genk Sarawak! Dah tau kenapa sebab HB sy sentiasa okay. Haha Tapi, tak tau la lepas ni kan macamana? Kak Fiza, share la nanti masa berpantang macamana. Saya ada adik di Kota Samarahan yang tak tau nak cari orang jaga dia pantang dulu. currently dah xberpantang walaupun blom cukup sebulan. =_=

    ReplyDelete

Terima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. #budibahasabudayakita

fizalinolie@gmail.com