Hb Naik, Alhamdulillah

HB Naik, Alhamdulillah
| Assalamualaikum, hai... Semalam, Fiza checkup untuk minggu ke-23 kehamilan. Pregnant sebelum² ni, checkup sebulan sekali je. Mungkin disebabkan last year Fiza pernah keguguran kot, tu yang kena checkup dua minggu sekali. Takpelah, demi bayi dan diri... Fiza relakan jua. Chewah! Ayat penyedap hati tu yang tak menahan. Kan?

Seperti checkup bulanan, checkup dua minggu sekali pun... Prosesnya tetap sama. Check urin ada tak albumin dan gula. So far, ok takde masalah. Kemudian, berat pun naik cantik. Tekanan darah pun ok. Review bsp pun on track. Cuma nadi jela, laju... 120/minit. Nadi baby pun ok. Cuma part hb je... Fiza tak mengharap naik. Yelah! Asyik statik 10.5g/dl je tiap kali checkup... Mana tak pasrahla kan... Tapi, tak sangka pulak checkup kali ni naik 11.1g/dl. Wah! Terus jadi semangat untuk naikkan lagi hb. In Shaa Allah...

 Baca Juga  : Kisah check tekanan darah seminggu sekali

Cara naikkan hb dalam masa dua minggu bagi ibu hamil
Sumber : medicalnewstoday

Apa yang Fiza lakukan untuk naikkan hb dalam masa dua minggu adalah seperti berikut :-

#1. Elakkan Minuman Berkafien Dan Junkfood
Seriously, walaupun rasa nak minum teh, kopi dan milo tu ada. Tapi, Fiza paksa diri jugak untuk tidak meminumnya. Pendek kata, No kafein. Reject terus. Fiza cuma minum horlick tambah oat, tanpa gula je sepanjang dua minggu lepas. Junkfood pun... Totally, out terus. Lansung tak makan.

#2. Makan Buah-buahan Dan Sayur-sayuran
Kemudian, apa yang Fiza buat jugak adalah dengan memakan buah-buahan dan sayur-sayuran seperti jambu batu, tembikai, pisang, mangga, betik, bayam, sawi dan lobak merah. Hampir setiap hari Fiza akan makan buah-buahan tersebut dalam diet harian. Tapi, pengambilan pun kena control lah... Sebab Fiza pun gdm on diet jugak mengandung kali ni. Takut jugak dengar pengalaman ibu² di socmed... Bila ada yang makan pisang, paras gula naik.

#3. Makan ubat zincofer
Yup! Fiza cuba makan tanpa skip. Tapi kali ni Fiza try makan belah pagi semasa perut masih kosong. Disebabkan Fiza kena makan dua biji sehari. So, sebiji Fiza makan setengah jam sebelum breakfast. Biasanya Fiza makan jam 7.30pagi. So, jam 8.00pagi dah boleh breakfast dah. Tapi, bila makan ubat zincofer time perut kosong... Fiza jadi sedikit mual. So, nak hilangkan rasa mual tu... Fiza makan sekeping biskut jacob's dengan air kosong je. So far, misi makan ubat belah pagi berjaya. Then, belah malam takde masalah... Fiza makan lepas sejam dinner. Alhamdulillah, takde pulak pening ataupun muntah. Fiza makan ubat dengan air kosong je ye.

That it's, 3 perkara utama rahsia Fiza untuk naikkan hb balik dalam masa dua minggu. Pendek kata, kena disiplinla sebenarnya. Yelah! Fiza mengaku... Before ni memang Fiza tak berdisiplin pun. Makan main bantai je. Makan ubat pun... Kekadang ada, kekadang tak. Teh pulak jadi minuman utama Fiza... Lansung tak boleh nak skip. Aduhai!...

Macam² kan. Itulah yang dihadapi oleh ibu mengandung. Apa² pun, doakan Fiza ye semoga semuanya dipermudahkan. Aamiin...

Alhamdulillah. Semoga Fiza istiqomah untuk naikkan hb demi anak dan diri. Apa² pun terima kasih buat mereka yang sudi singgah dan baca blog Fiza. Tanpa korang, sunyilah blog ni. 😊😂😂


Post a Comment

9 Comments

  1. waalaikumussalam. alhamdulillah. semoga dipermudahkan segala urusan kehamilan. aamiin ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin. Terima kasih atas doanya. Semoga segala urusan kita sama² dipermudahkan. Aamiin..

      Delete
  2. alhamdulilah semoga fiza sihat selalu ek, jaga diri kitak k

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. Aamiin. Terima kasih kerana mendoakan Fiza pakcik. 😊

      Delete
  4. Alhamdulillah..lega bila semuanya baik baik je. Take care kak Fiza

    ReplyDelete

Terima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. #budibahasabudayakita

fizalinolie@gmail.com